Skim Kemalangan Bencana Bukan Pekerjaan (LINDUNG 24 JAM)
LINDUNG 24 Jam diperkenalkan untuk memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian, termasuk perlindungan bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja yang tidak berkait langsung dengan penggajian ataupun pekerjaan
Kebaikan:
- Perlindungan secara menyeluruh bagi kemalangan yang tidak berkait dengan pekerjaan
- Tempoh masa perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja
- Pembiayaan kos rawatan perubatan oleh PERKESO
Takrifan Bukan Bencana Kerja:
“bukan bencana kerja” ertinya suatu kecederaan diri pada seorang pekerja disebabkan oleh kemalangan yang bukan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai dan hendaklah tidak termasuk apa-apa keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 96B.