-             Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial berperanan memutuskan pertikaian dan tuntutan oleh Pertubuhan, majikan, pekerja dan orang tanggungannya berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah Seksyen 84 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Seksyen 59 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. 
-             Pemohon boleh diwakili oleh pengamal undang-undang, pegawai kesatuan sekerja berdaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan bertulis oleh pemohon atau dengan kebenaran Jemaah, oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh alasan tindakan terbit. 
-             Sebanyak sebelas (11) Jemaah ditubuhkan di mana sembilan (9) di Semenanjung Malaysia, dan setiap satu di Sabah dan Sarawak. Keanggotaan ahli-ahli Jemaah adalah dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. 
-             Semua permohonan rayuan kepada Jemaah hendaklah dikemukakan ke Urus Setia di alamat berikut:- 
 Urusetia
 Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
 Tingkat 18, Menara PERKESO
 281, Jalan Ampang
 50538 Kuala Lumpur.
 Tel : 1-300-22-8000