Skim Bencana Pekerjaan (LINDUNG PEKERJA) memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:
Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan
Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.
Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
- Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
- Dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya
- Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan
Kemalangan Semasa Kecemasan
Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
Penyakit Khidmat
Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Contoh Penyakit Khidmat:
- Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
- Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya