Kronologi Sejarah PERKESO
Profil
2023
2023
- Pelarasan kos sara hidup bagi semua penerima faedah berkala dan kenaikan kadar pencen minimum daripada RM475 sebulan kepada RM550 sebulan di bawah Skim Keilatan.
- Pembinaan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan PERKESO di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak
- PERKESO menerima Anugerah Zero Project Award Kategori Innovative Solutions bagi Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs di Vienna, Austria.
- Kempen Ambil Pekerja Lokal dilancarkan.
- Perasmian Pejabat PERKESO Klang yang baharu.
- Official opening of the new Klang PERKESO Office.
- Perasmian Pusat Dialisis PERKESO yang pertama dan telah memulakan operasinya pada 3 Februari 2023.
- Majlis Pemeteraian Perjanjian Pajakan Antara Yayasan Diraja Sultan Mizan dan PERKESO bagi pembangunan Pusat Rehabilitasi PERKESO Wilayah Timur di Negeri Terengganu Darul Iman anjuran International Public Employment Forum (IPEF) dengan tema “Building a Resilient Workforce: The MADANI Approach”.
- Penganjuran International Public Employment Forum (IPEF) dengan tema “Building a Resilient Workforce: The MADANI Approach”.
- Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Statistical, Economic and Social Research And Training For Isla.mic Countries (SESRIC) dan PERKESO
2022
2022
- Pelancaran Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia & Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022
- Majlis Pelancaran Promosi Program Return to Work PERKESO menerusi Video Animasi Boboboy.
- Majlis Pelancaran Ops Cegah Peringkat Kebangsaan 2022
- Majlis Pecah Tanah Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotics & Cybernics Meru, Ipoh Perak.
- Had liputan gaji bagi Akta 4 dan Akta 800
- dinaikkan daripada RM4,000.00 kepada RM5,000.00 bagi maksud caruman dan pembayaran faedah.
- Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO telah dipilih sebagai Presiden ISSA Ke-17 dan merupakan rakyat Malaysia Pertama yang memegang jawatan tertinggi tersebut dalam badan antarabangsa.
- Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) telah dikuatkuasakan
2021
2021
- YAB Perdana Menteri mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) mengandungi Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) yang ditambahbaik, SIP PRIHATIN dan pembiayaan penuh caruman kepada delivery riders di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.
- Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas PERKESO secara maya oleh Ketua Eksekutif PERKESO.
- YAB Perdana Menteri mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) meliputi peluasan skop insentif pengambilan pekerja untuk pekerjaan sementara dan pekerjaan gig, melanjutkan Program Subsidi Upah 3.0 dan penambahbaikan Program Perantisan di bawah PenjanaKerjaya.
- Peluasan liputan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) kepada Pekerja Domestik.
- YAB Perdana Menteri mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) iaitu Program PSU 4.0 serta peluasan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan PenjanaKerjaya 3.0.
- Lagu ‘Sifar menjadi juara kategori ’Music is Key’ di International Media Festival for Prevention di Kanada.
- Majlis Sambutan Jubli Emas PERKESO
- Majlis Pelancaran Syiling dan Setem Peringatan Sempena Jubli Emas PERKESO
2020
2020
- Perluasan Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) kepada 19 sektor informal.
- Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) semasa negara dilanda wabak Covid-19.
- Program Subsidi Upah telah diperkenalkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
- YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) meliputi Program PrihatinPKS+ iaitu Perluasan Program Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerjaan, MYFutureJobs dinaik taraf sebagai Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara dan PENJANAKERJAYA iaitu Pakej Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya), Geran Padanan untuk Pekerja Ekonomi Gig di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri PERKESO dan Perluasan Perlindungan Skim Bencana Pekerjaan kepada Pekerja yang Bekerja dari Rumah.
2019
2019
- Peluasan Skim Bencana Kerja Pekerja Asing di bawah Akta 4.
- Peluasan perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Akta 789) kepada Pemandu Bas.
2018
2018
- Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dikuatkuasakan.
- Pejabat PERKESO Tanjung Karang mula beroperasi.
- PERKESO menjadi tuan rumah ISSA Regional Social Security Forum of Asia and the Pacific 2018
- Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 sebagai sebuah anak syarikat milik penuh PERKESO dengan nama Pusat Rehabilitasi PERKESO Sdn. Bhd.
2017
2017
- Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Rehabilitasi PERKESO.
- Kadar amaun Faedah Pengurusan Mayat dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (tarikh kebelakang).
- Pejabat PERKESO Beaufort, Sabah mula beroperasi.
- Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang telah diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan sebagai Akta 789 dilaksanakan.
- Pejabat PERKESO Kota Marudu, Sabah mula beroperasi.
2016
2016
- Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2016 berkenaan memperluaskan liputan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja tanpa tertakluk kepada had gaji mengikut takrifan pekerja serta menaikkan had siling caruman daripada RM3,000.00 kepada RM4,000.00 bagi maksud caruman dan pembayaran faedah.
- PERKESO telah berjaya menerima Penarafan 5 Bintang daripada MAMPU bagi tahun 2015 – 2016.
2015
2015
- Pejabat PERKESO Mukah, Sarawak mula beroperasi.
- Pejabat PERKESO Limbang, Sarawak mula beroperasi.
2014
2014
- Pusat Rehabilitasi PERKESO mula beroperasi di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka.
- PERKESO memenangi tempat Pertama Video Pendek berjudul “Bayangkan...” di International Media Festival sempena XX World Congress On Safety And Health At Work 2014.
2013
2013
- PERKESO memperkenalkan Program Saringan Kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan percuma kepada Orang Berinsurans yang berumur melebihi 40 tahun dan ke atas.
2009
2009
- Caj perkhidmatan bagi pinjaman pendidikan PERKESO diturunkan dari 4% kepada 2% setahun.
- PERKESO telah beralih dan mengamalkan Persijilan MS ISO 9001:2008.
2007
2007
- Program pemulihan Return To Work telah diperkenalkan oleh PERKESO.
2006
2006
- Perlaksanaan tindakan pengkompaunan di bawah AKSP, 1969 dan Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Pengkompaunan Kesalahan) 2006.
2005
2005
- Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 berkenaan siling gaji pekerja telah dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.
- Duda/balu yang menerima pencen jika berkahwin semula, pencen yang diterima terus dikekalkan.
- Duda/balu layak mendapat Pencen Penakat atau Faedah Orang Tanggungan tanpa mengira tahap kebergantungan.
2000
2000
- Rawatan dialisis diperkenalkan sebagai satu kemudahan di bawah skim perlindungan PERKESO.
1999
1999
- Kadar bulanan minimum bagi Pencen Ilat dan kadar bulanan penuh Pencen Penakat dinaikkan kepada RM250.
- Kadar harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan kepada RM10.00.
1998
1998
- Faedah Pengurusan Mayat telah dinaikkan kepada RM1,500.
1997
1997
- Faedah Pendidikan telah diperkenalkan dengan peruntukan sejumlah RM30 juta dan bemula dengan seramai 49 orang peminjam.
1996
1996
- Kadar bulanan minimum bagi Pencen Ilat dan kadar bulanan penuh Pencen Penakat dinaikkan dari RM171.43 kepada RM192.86.
- Kadar harian minimum Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Orang Tanggungan dinaikkan kepada RM9.00.
1993
1993
- Semua pekerja asing dikecualikan dari dilindungi oleh Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
1992
1992
- PERKESO telah diasingkan daripada Sistem Saraan Baru Kerajaan dan Sistem Saraan Baru PERKESO telah diperkenalkan.
- Perlindungan kemalangan perjalanan (kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja) telah diperkenalkan.
- Perlindungan kemalangan perjalanan (kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja) telah diperkenalkan.
1987
1987
- Skim perlindungan PERKESO dilaksanakan di seluruh Sabah dan Sarawak.
- Takrif ‘anak’ diperluaskan meliputi semua kategori anak termasuk anak angkat di bawah umur 21 tahun.
- Melonggarkan syarat kebergantungan bagi duda dan ibu bapa bagi kelayakan Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan di bawah kedua-dua skim.
- Memperluaskan liputan akta kepada majikan yang menggaji 5 orang atau lebih tanpa mengira had gaji. Walau bagaimanapun, hanya pekerja yang bergaji RM1,000 ke bawah sahaja yang layak diliputi.
1985
1985
- Pencen Penakat mula diperkenalkan
- Faedah Pengurusan Mayat telah ditingkatkan dari RM500 kepada RM1,000.
- Semua pekerja bergaji RM1,000 dan ke bawah adalah layak untuk mencarum dengan PERKESO bagi majikan yang mempunyai 5 orang dan lebih pekerja.
- Kadar harian minima Faedah Hilang Upaya Sementara dan Kekal dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM8.00.
- PERKESO bertukar status menjadi sebuah Badan Berkanun.
1984
1984
- Pekerja-pekerja dalam Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah memilih Skim Baru atau dilantik atau terikat di bawah Skim Baru dikecualikan daripada liputan PERKESO.
1980
1980
- Skim perlindungan PERKESO diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia meliputi semua perusahaan yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih dan bergaji tidak melebihi RM500 sebulan.
- Bayaran Faedah Pengurusan Mayat dinaikkan kepada RM500.
1974
1974
- Pelaksanaan skim perlindungan PERKESO (termasuk Skim Keilatan) mula diperkenalkan di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
- Pencen Ilat diperluaskan ke 14 buah pejabat PERKESO di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
1971
1971
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Buruh.
- Pelaksanaan skim perlindungan PERKESO yang pertama bermula di Johor Bahru.
- Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pekerja, bergaji RM500 dan ke bawah layak mendaftar dan mencarum.
- Majikan membayar caruman bulanan pekerja menggunakan setem caruman
- Syarikat Jackson & Masacorale merupakan majikan pertama berdaftar dengan PERKESO. Manakala Encik Mohd Taib bin Hassan adalah pekerja pertama yang didaftarkan oleh majikan dengan PERKESO.
1969
1969
- Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 mendapat perkenan Diraja(2 April 1969).