Accessibility Tools

Skip to main content

Program Pengurusan Hilang Upaya PERKESO

PENGENALAN PROGRAM PENGURUSAN HILANG UPAYA

Orang berinsurans PERKESO yang mengalami hilang upaya fizikal/kognitif sama ada sementara atau kekal akibat kecederaan atau penyakit akan dipulihkan melalui pengurusan hilang upaya PERKESO yang holistik iaitu melalui pendekatan biopsikososial menerusi rujukan untuk menjalani pemulihan jasmani atau vokasional agar mencapai tahap berdikari yang optimal serta mampu kembali bekerja demi menjana pendapatan untuk kelangsungan hidup.

KELAYAKAN DI BAWAH PROGRAM PENGURUSAN HILANG UPAYA PERKESO

Kelayakan Orang Berinsurans PERKESO untuk mengikuti Program Pengurusan Hilang Upaya PERKESO adalah tertakluk kepada kelulusan tuntutan di bawah akta berkaitan, dengan sokongan pengesyoran daripada doktor yang merawat bahawa hilang upaya yang dialami berpunca daripada kecederaan atau penyakit yang menjadi asas tuntutan kepada PERKESO.

OBJEKTIF PROGRAM PENGURUSAN HILANG UPAYA PERKESO

1. Sokongan Pemulihan Proaktif
Menyediakan sokongan pemulihan berstruktur kepada Orang Berinsurans (OB) PERKESO yang mengalami hilang upaya agar dapat kembali menjalani kehidupan seharian secara berdikari.

2. Pengurusan Kes Bersepadu
Menggalakkan penyertaan aktif OB PERKESO dalam pemulihan melalui pengurusan kes bersepadu dengan menggabungkan pelbagai perkhidmatan dan kepakaran secara menyeluruh bagi menyokong pemulihan OB PERKESO, dengan menekankan potensi serta kebolehan individu melalui kerjasama rapat antara semua pihak yang terlibat.

3. Akses Perkhidmatan Yang Cepat
Mempercepatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, pemulihan dan kembali bekerja termasuklah pembekalan alatan sokongan, rawatan dialisis, prostetik, ortotik serta rawatan rehabilitasi yang komprehensif.

4. Pemantauan Kes Sistematik
Pemantauan kes yang sistematik oleh Pegawai / Penolong Pegawai Pengurusan Hilang Upaya Bersama OB, pihak yang merawat, keluarga, majikan dan pembekal perkhidmatan bagi memastikan intervensi pengurusan kes yang berkesan dan mampan.

5. Penilaian Keupayaan Kerja
Melaksanakan Penilaian Keupayaan Kerja (Work Ability Assessment) secara bersasar untuk mengenalpasti keupayaan sebenar OB PERKESO dalam pelbagai konteks pekerjaan serta membantu majikan dalam mengenalpasti cadangan penyesuaian kerja yang tepat dengan tahap keupayaan semasa.

6. Integrasi Sosial
Menyokong integrasi semula ke dalam komuniti dan pasaran pekerjaan, sejajar dengan prinsip inklusitiviti dan perlindungan sosial yang menyeluruh.