Soalan Umum
Jawapan :
Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.
Jawapan :
Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.
Jawapan :
Makluman pemberhentian pekerja boleh dibuat melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan ringkas untuk pengemaskinian maklumat tersebut :
- Klik pada My Sites dan pilih REGISTRATION.
- Kemudian, pilih dan klik UPDATE, pilih Update Add Employee Resigned Date
- Klik pada ikon Action
- Sekiranya melibatkan semua pekerja yang berhenti pada tarikh yang sama
a. Klik All
b. Update Employee Resign Date
Atau
Sekiranya masih lagi terdapat pekerja lain yang masih aktif
a. Klik Specific
b. Update Employee Resign Date
c. Dalam kotak Please Select, pilih maklumat pekerja berdasarkan Kad Pengenalan / Nama Pekerja / Social Security No (SSN)
d. Klik butang Action - Klik Save & Continue
- Muat naik dokumen sokongan (Surat pemberhentian pekerja)
- Klik Save & Continue
- Klik Submit
- Proceed for Submission? Klik Confirm
- Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan)
- Klik OK
Jawapan :
Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.
Jawapan :
Bagi majikan yang gagal mendaftar, tindakan kompaun boleh dikenakan. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.
Jawapan :
Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 65 kategori.
Jawapan :
Pembayaran Caruman PERKESO boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :
- Portal ASSIST PERKESO (Bayaran secara FPX)
- Direct Debit Authorisation (DDA)
- Pembayaran di kaunter Bank (Majikan perlu membawa cetakan ACR semasa hadir di kaunter)
a. Panel Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut
i. Maybank
ii. RHB Bank (Tunai sahaja)
iii. Public Bank - Perbankan Internet
Jawapan :
Berikut disertakan langkah-langkah untuk menjana ACR/ECR dan cara pembayaran caruman PERKESO & SIP :
- Klik My Sites
- Pilih PERKESO - Caruman/SIP - Caruman
- Klik Caruman Majikan
- Pilih Add Contribution (Portal)/Klik Kemasukan Data
- Pilih bulan caruman yang hendak dibayar dan klik ubah (imej tangan) untuk kemaskini
Pilih bulan caruman yang hendak dibayar dan klik ubah untuk kemaskini bulan caruman
*Sekiranya tiada bulan caruman tersebut, klik Tunggakan Caruman > Pilih bulan caruman & tahun - Klik ikon pensel > Masukkan jumlah gaji pekerja. (Kadar caruman akan dikira secara automatik)
- Klik Simpan Draf
- Klik Lengkap
- Klik Hantar
- Klik Pengesahan
- Kaedah Pembayaran (PERKESO Kutipan/SIP Kutipan)
a. Cetak ACR/ECR (Kaunter Bank- Maybank/ RHB Bank/Public Bank) b. Teruskan ke pembayaran (Online Banking melalui FPX) > Tandakan ACR/ECR berkenaan > Tambah ke dalam troli > Teruskan ke ringkasan > Teruskan > Masukkan maklumat bank > Proses FPX
Jawapan :
Berikut ialah cara untuk mendaftar ID Portal :
- Layari Portal ASSIST
- Lengkapkan pendaftaran ID Portal
- Terima kata laluan sementara
- Log masuk menggunakan kata laluan tersebut
- Rujuk Quick Reference Guide (QRG) pendaftaran ID Portal
Jawapan :
Bagi pendaftaran majikan baharu hendaklah mendaftar ID Portal dahulu sebelum pendaftaran majikan dibuat di PORTAL ASSIST. Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Klik My Sites dan klik Pendaftaran
- Klik Pendaftaran
- Lengkapkan maklumat majikan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Tambah Pekerja Baru
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pekerja tersebut di bahagian “Search Existing Employee” dan tekan “Search”, secara automatik maklumat pekerja baharu tersebut akan wujud.
*Sekiranya tiada rekod, klik pada Pendaftaran Pekerja Baru dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. - Klik Simpan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Tambah Dokumen
- Muat naik Borang 1, Borang 2, Borang SIP 1, Borang SIP 2, Salinan Kad Pengenalan Majikan, Salinan dokumen pendaftaran SSM
- Klik Tambah Dokumen
- Klik Simpan & Teruskan
- Isikan maklumat “Confirmation from Employer/ Employer’s Representative”
- Klik Hantar
Jawapan :
Bagi pendaftaran majikan baharu hendaklah mendaftar ID Portal dahulu sebelum pendaftaran majikan dibuat di PORTAL ASSIST. Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Klik My Sites
- Klik Pendaftaran
- Lengkapkan maklumat majikan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Tambah Pekerja Baru
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pekerja tersebut di bahagian “Search Existing Employee” dan tekan “Search”, secara automatik. Maklumat pekerja baharu tersebut akan wujud.
*Sekiranya tiada rekod, klik pada Pendaftaran Pekerja Baru dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. - Klik Simpan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Tambah Dokumen
- Muat naik Borang 1, Borang 2, Borang SIP 1, Borang SIP 2, Salinan Kad Pengenalan Majikan, Salinan dokumen pendaftaran SSM
- Klik Tambah Dokumen.
- Klik Simpan & Teruskan
- Isikan maklumat “Confirmation from Employer/ Employer’s Representative”
- Klik Hantar
- Klik Pengesahan
Jawapan :
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar pekerja baharu:
- Klik My Sites
- Klik Pendaftaran
- Klik Kemaskini
- Klik Kemaskini Tambah Pekerja Baru
- Klik ikon pensel untuk ubah/kemaskini
- Klik Tambah Pekerja
*Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pekerja tersebut di bahagian “Search Existing Employee” dan tekan “Search”, secara automatik maklumat pekerja baharu tersebut akan wujud.*Sekiranya tiada rekod, klik pada Pendaftaran Pekerja Baharu dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan
- Klik Simpan
- Klik Simpan dan Teruskan
- Klik Simpan dan Teruskan
- Klik tambah dokumen (Muat naik Borang 2 - Pendaftaran Pekerja & Salinan Kad Pengenalan Pekerja
- Klik Simpan dan Teruskan
- Klik Hantar
- Klik Pengesahan
Jawapan :
Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat rayuan FCLB :
- Klik My Sites
- Klik PERKESO - Caruman/SIP - Caruman
- Klik FCLB
- Klik Permintaan untuk rayuan
- Tandakan Notis ID FCLB
- Klik Pilih
- Klik Simpan dan teruskan
- Klik Tambah Dokumen (Surat Rasmi/Rayuan)
- Klik Simpan dan Teruskan
- Klik Hantar
- Klik Pengesahan
Jawapan :
Berikut merupakan langkah-langkah untuk muat turun Borang 8A:
- Klik My Sites
- Klik Utama
- Klik Maklumat Caruman & Kutipan
- Pilih Maklumat Pembayaran Caruman
- Pilih Bulan Caruman & klik muat-turun Borang 8A di dalam ruangan Tindakan download assist icon
Jawapan :
Berikut merupakan langkah-langkah untuk cetak resit bayaran:
- Klik My Sites
- Klik Utama
- Klik Senarai Dokumen
- Pilih Senarai Dokumen yang Dijana
- Klik Modul
- Pilih PERKESO - Pembayaran
- Muat Turun Resit Bayaran
Jawapan :
Berikut merupakan langkah-langkah untuk kemaskini maklumat pekerja tempatan / pekerja asing:
- Klik My Sites
- Klik Pendaftaran
- Klik Kemaskini
- Klik Kemaskini Maklumat Pekerja (Majikan)
- Cari Senarai Pekerja Tempatan/Pekerja Asing
- Klik ikon pensil pada nama pekerja/pekera asing untuk kemaskini
- Kemaskini maklumat Pekerja Tempatan/Pekerja Asing
- Klik Simpan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Hantar
- Klik Pengesahan
Jawapan :
Berikut merupakan langkah-langkah untuk kemaskini tarikh berhenti kerja pekerja tempatan/pekerja asing :
- Klik My Sites
- Klik Pendaftaran
- Klik Kemaskini
- Klik Kemasini tambah tarikh berhenti kerja Pekerja Tempatan/Pekerja Asing
- Klik ikon pensel untuk ubah/kemaskini
* Klik Semua (sekiranya semua pekerja berhenti pada tarikh yang sama)
*Klik Khusus (Pilih pekerja yang berhenti sahaja) - Catat Tarikh Berhenti Kerja Pekerja (pilih tarikh melalui kalender)
- Cari pekerja tersebut (Masukkan Nombor KPPN/Nombor KSPA/Nama Pekerja)
- Klik Pilih
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Hantar
- Klik Pengesahan
Jawapan :
Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu.
Jawapan :
Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan dalam tempoh 15 hari dalam bulan yang berikutnya caruman itu kena dibayar dan adalah terpakai mulai pembayaran caruman untuk bulan Julai 2015. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.
Jawapan :
Pembayaran FCLB boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :
- Portal ASSIST PERKESO ( Bayaran secara FPX )
- Pembayaran di kaunter (Majikan perlu membawa cetakan Notis FCLB semasa hadir di kaunter)
a. Pejabat PERKESO
i. Pembayaran dalam bentuk cek, kiriman wang dan wang pos sahaja.
b. Panel Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut
i. RHB Bank
ii. Public Bank (Mulai 1 Mac 2018)
Jawapan :
Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 34) dan kemukakan bersama kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.
Jawapan :
Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.
Jawapan :
Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilang upaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan (Berkuatkuasa mulai Januari 2013, kadar elaun tersebut telah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan). Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.
Jawapan :
Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Jawapan :
Makluman pemberhentian majikan boleh dibuat melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan ringkas untuk pengemaskinian maklumat tersebut :
- Klik My Sites
- Klik Pendaftaran
- Klik Kemaskini
- Klik Borang 1A-Pemberhentian sebagai Majikan (Pemberhentian Perniagaan)
- Klik imej pensil untuk ubah/kemaskini
- Pilih Tukar Status Majikan Kepada:
a. Dorman
b. Penggulungan
c. Batal - Masukkan tarikh di bahagian Penutupan sementara / Tiada pekerja dari*
- Klik Simpan & Teruskan
- Muat naik dokumen sokongan (Surat penamatan perniagaan)
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Hantar
- Teruskan ke penghantaran
- Klik Pengesahan
- Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan)
- Klik OK
Jawapan :
Majikan boleh mengemaskini maklumat majikan melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan pengemaskinian maklumat tersebut :
- Klik My Sites
- Klik Pendaftaran
- Klik Kemaskini
- Klik Kemaskini Maklumat Majikan
- Klik imej pensil untuk ubah/kemaskini
- Kemaskini maklumat Majikan (alamat / emel/tarikh induksi)
- Klik Simpan & Teruskan
- Muat naik dokumen sokongan
- Klik Simpan & Teruskan
- Klik Hantar
- Teruskan ke Penghantaran
- Klik Pengesahan
- Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan)
- Klik OK