Bantuan Faedah Sekiranya Dijangkiti Covid-19

Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat/terbit dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara 
  • Faedah Hilang Upaya Kekal 
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan  
  • Faedah Orang Tanggungan 
  • Faedah Pengurusan Mayat 
  • Faedah Pendidikan

Bagi pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 bukan berpunca dari pekerjaannya dan telah menyebabkan keuzuran yang berkekalan dan tidak berupaya bekerja semula termasuk kematian, perlindungan disediakan di bawah Skim Keilatan yang meliputi faedah berikut:  

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Cara memohon secara dalam talian dan fizikal, faedah PERKESO bagi kes COVID-19

  • Cara permohonan untuk menuntut faedah PERKESO bagi kes COVID-19 adalah sama seperti tuntutan bagi kemalangan semasa bekerja iaitu dengan melengkapkan Borang 34 (Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah)
  • Permohonan boleh dibuat secara manual dan dikemukakan kepada pejabat PERKESO berhampiran.
  • Majikan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menerusi Portal Permohonan Faedah di pautan https://faedah.perkeso.gov.my dengan log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama bagi Portal ASSIST.

[Disclaimer] - SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 15 October 2021.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved