- Melalui Arahan AKSP Bil. 1 Tahun 1999, PERKESO telah menyediakan kemudahan hemodialisis kepada Orang Berinsurans yang berkelayakan yang mengidap penyakit buah pinggang pada peringkat End Stage Renal Failure.
- Kemudahan rawatan hemodialisis ini adalah sebagai salah satu faedah pemulihan kepada Orang Berinsurans yang diberikan secara percuma di pusat-pusat dialisis panel PERKESO samada di bawah Badan Bukan Kerajaan atau pusat dialisis swasta.
- Kemudahan ini juga termasuk membiayai Orang Berinsurans yang ingin menjalani rawatan hemodialisis di pusat dialisis bukan panel PERKESO dan Hospital Kerajaan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh PERKESO. Namun begitu, kemudahan dialisis ini telah diperluaskan juga dengan memperkenalkan rawatan dialisis secara Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) sebagai alternatif kepada hemodialisis.
- PERKESO dari semasa ke semasa telah memperluaskan liputan bantuan dialisis bukan sahaja kepada Orang Berinsurans tetapi bantuan juga dipanjangkan kepada Pusat-Pusat Dialisis Panel melalui pendermaan mesin hemodialisis kepada pusat dialisis berstatus Badan Amal/Bukan Pertubuhan Kerajaan.
Bagi memastikan kemudahan bantuan dialisis ini dapat diurustadbir dengan baik dan teratur, maka Unit Dialisis telah diwujudkan di Cawangan Perubatan dan Pemulihan pada tahun 1998.