Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan PERKESO dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Membayar Faedah Hilang Upaya Sementara kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 5 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Membayar Faedah Hilang Upaya Kekal kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Membayar Faedah Orang Tanggungan kepada orang tanggungan dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Membayar Faedah Pencen Ilat kepada pekerja yang layak dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Membayar Faedah Pencen Penakat kepada orang tanggungan dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 3 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Mengeluarkan surat akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima.
Membuat pendaftaran Orang Berinsurans Bekerja Sendiri yang layak serta memberi nombor kod pendaftaran dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Memproses dan membayar Faedah Hilang Upaya Sementara kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri yang terbencana dalam tempoh 5 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Memproses dan membayar Faedah Hilang Upaya Kekal kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri yang terbencana dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Memproses dan membayar Faedah Orang Tanggungan kepada orang tanggungan kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Memproses dan membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris Orang Berinsurans Bekerja Sendiri yang layak dalam tempoh 3 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
Memproses dan membayar Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.
Memproses dan membayar Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.
Memproses dan membayar Elaun Latihan (EL) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.
Memproses dan membayar Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.
Memproses Yuran Latihan (YL) kepada pemohon yang layak di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) dalam tempoh 14 hari selepas semua dokumen diperlukan lengkap diterima.
[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox and Google Chrome. Website updated on 14 January 2021.
Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved