Perutusan Ketua Eksekutif

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari Laman Web Rasmi PERKESO. Laman web ini adalah salah satu wadah untuk PERKESO mendekatkan diri dengan golongan pekerja, majikan, lain-lain pihak bekepentingan dan juga orang ramai.

Sejak mula beroperasi pada tahun 1971, PERKESO bukan sahaja telah menambahbaik faedah-faedah di bawah pelbagai skim tetapi turut melaksanakan pelbagai perubahan selaras dengan visi untuk menjadi Peneraju Keselamatan Sosial yang Unggul, Komprehensif dan Dinamik.

PERKESO telah melaksanakan banyak transformasi dalam pelbagai segi antaranya dengan penubuhan Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Skuad PERKESO Prihatin serta revolusi ICT dalam perkhidmatan kepada pelanggan dan juga perluasan perlindungan keselamatan sosial yang kini merangkumi mereka yang bekerja sendiri, pekerja yang kehilangan pekerjaan, pekerja asing dan suri rumah. Kini, PERKESO mengorak langkah untuk menjadi agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan pencarian pekerjaan (public employment services provider) yang terulung di Malaysia.

PERKESO tidak akan berhenti di situ sahaja, malah kami akan sentiasa menambah nilai perkhidmatan, skim, program dan pengurusan dari semasa ke semasa. Kami akan terus meluaskan jaringan keselamatan sosial dengan lebih jauh supaya banyak lagi golongan yang berisiko di negara ini dapat dilindungi.

Pelbagai informasi dan maklumat berkaitan PERKESO dipaparkan di laman web rasmi ini termasuk profil korporat, perkhidmatan dan kemudahan seperti faedah-faedah di bawah pelbagai skim PERKESO, borang-borang pendaftaran dan caruman, tuntutan faedah dan lain-lain maklumat.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar laman web rasmi ini dapat memberi panduan yang berguna kepada semua pengunjung dari dalam dan luar negara bagi memperolehi maklumat yang diperlukan dengan segera dan efisyen. Kami akan sentiasa memastikan laman web ini mengandungi maklumat terkini dan relevan yang dapat memenuhi keperluan dalam dunia yang pantas bergerak di era digital ini demi melangkaui ekspektasi pelanggan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved