Accessibility Tools

Skip to main content

Sistem Insurans Pekerjaan dan Perkhidmatan Pekerjaan
(LINDUNG KERJAYA)

Sistem Insurans Pekerjaan dan Perkhidmatan Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA)

Sistem Insurans Pekerjaan dan Perkhidmatan Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan. OB yang memohon LINDUNG KERJAYA akan menerima bantuan pekerjaan semula dari Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO). Sebahagian daripada usaha mencari pekerjaan, OB dikehendaki untuk berdaftar dengan MYFutureJobs dan OB akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang bersesuaian. OB juga boleh memilih untuk menghadiri latihan kemahiran semasa menganggur atau selepas diambil bekerja dengan majikan baru yang mana ini adalah sebahagian daripada program pasaran buruh aktif SIP.

Orang Berinsurans (OB) layak menerima faedah SIP sekiranya:

  • Memohon dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan
  • Memenuhi syarat kelayakan caruman seperti mempunyai bilangan caruman yang mencukupi
  • Tidak bekerja mengikut definisi kehilangan pekerjaan di bawah Akta SIP

Kehilangan pekerjaan termasuk:

  • Pemberhentian kerja biasa
  • VSS/MSS (skim pemisahan sukarela/persefahaman bersama)
  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam (force majeure)
  • Bankrap atau penutupan perniagaan
  • Pembuangan kerja secara konstruktif
  • Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  • Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Faedah Sistem Insurans Pekerjaan dan Perkhidmatan Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA)

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
  • Gantian pendapatan bagi mereka yang kehilangan pendapatan tunggalnya
  • Penerima faedah yang layak akan menerima elaun untuk 3-6 bulan
  • Tempoh bayaran faedah adalah berdasarkan Syarat Kelayakan Caruman
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
  • Gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan tetapi tidak kehilangan kesemua majikannya
  • Dalam keadaan kehilangan kesemua pekerjaanya, pemohon layak menerima EMP dan EPB
  • Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP
  • Dibayar secara pukal
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
  • Suatu insentif kewangan bagi pekerja yang kembali bekerja semula awal dalam tempoh EMP
  • Kadar bayaran adalah sebanyak 25% daripada baki EMP yang belum dibayar
  • Kadar bayaran baharu EBSA adalah sebanyak 50% daripada baki EMP yang belum dibayar bagi kehilangan pekerjaan mulai 1 Oktober 2026 SAHAJA
  • Dibayar secara pukal
Fi Latihan (FL)
  • Penerima EMP yang layak boleh dirujuk mengikuti latihan kemahiran vokasional setelah mendapatkan nasihat daripada ESO
  • Fi latihan adalah sebanyak RM4,000 yang ditanggung oleh SIP
  • Kadar bayaran baharu Fi latihan adalah sehingga RM7,000 bagi kehilangan pekerjaan mulai 1 Oktober 2026 SAHAJA yang ditanggung oleh SIP.
Elaun Latihan (EL)
  • Insentif yang dibayar pada kadar harian sebanyak RM10-20 berdasarkan gaji yang diterimanya
  • Kadar baharu Elaun Latihan pada kadar rata sebanyak RM30 sehari dibayar bagi kehilangan pekerjaan mulai 1 Oktober 2026 SAHAJA
  • OB hendaklah menghadiri sesi latihan bagi melayakkan bayaran
Elaun Orang Tanggungan (EOT)
  • Elaun ini dibayar kepada salah seorang waris yang layak membuat tuntutan sama ada balu atau duda atau anak atau ibu atau bapa atau adik-beradik yang berumur di bawah dua puluh satu tahun atau datuk atau nenek bagi orang berinsurans yang mati atau koma atau tidak sempurna akal sekiranya Orang Berinsurans itu masih mempunyai baki tuntutan faedah seperti EMP atau EBSA atau EPB atau Elaun Latihan yang belum dituntut di bawah Akta 800
Elaun Bantuan Mobiliti (EBM) - [Baharu]
  • Bayaran sekali gus kepada Orang Berinsurans (OB) bagi membantu penempatan semula pekerjaan setelah menerima tawaran pekerjaan baharu bagi kehilangan pekerjaan yang berlaku pada atau selepas 1 Oktober 2026.
  • Jarak mestilah 100 km atau lebih di antara tempat tinggal OB dan tempat kerja baharu
  • Dokumen tuntutan :
    a) Surat Tawaran atau Kontrak Perkhidmatan Kerja baharu
    b) Pengesahan oleh majikan baharu berkaitan penempatan pekerjaan OB

Perkhidmatan Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA)