Pengenalan
- Sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang berperanan penting dalam melindungi kebajikan pekerja Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa menekankan kepatuhan terhadap piawaian antarabangsa. Penerapan standard International Organization for Standardization (ISO) merupakan salah satu strategi utama dalam memastikan keberkesanan sistem pengurusan, ketelusan operasi, serta peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
Standard ISO Yang Digunapakai
PERKESO telah melaksanakan beberapa standard ISO yang relevan dengan fungsi dan operasi organisasi seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
| Standard ISO | Tarikh Asal Pensijilan | Tarikh Luput |
|---|---|---|
| ISO 9001:2015 Quality Management Systems |
5 November 2004 | 4 November 2025 |
| ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems |
3 Mac 2021 | 2 Mac 2027 |
| ISO 39001:2012 Road Traffic Safety Management Systems |
18 Februari 2020 | 17 Februari 2026 |
| ISO 45001:2018 Occupational Health and Safety Management Systems |
3 November 2022 | 2 November 2025 |
Skop Pensijilan
ISO 9001:2015 Quality Management Systems
Menguruskan aktiviti penyampaian perkhidmatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kepada pelanggan:
- Menguruskan pendaftaran majikan dan pekerja yang layak.
- Melaksanakan kutipan caruman daripada majikan dan pekerja.
- Melaksanakan program memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
- Mentadbir dan membuat bayaran faedah-faedah yang layak diterima oleh pekerja dan orang tanggungan.
- Mengurus dan menyediakan rawatan perubatan, kemudahan pemulihan fizikal dan vokasional untuk pekerja yang ditimpa bencana
ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems
Sistem pengurusan anti-bribery bagi penyampaian perkhidmatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 merangkumi perkhidmatan pengurusan:
- Pendaftaran majikan dan pekerja yang layak.
- Kutipan caruman daripada majikan dan pekerja.
- Program memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.
- Bayaran faedah-faedah yang layak diterima oleh pekerja dan orang tanggungan.
- Rawatan perubatan, kemudahan pemulihan fizikal dan vokasional untuk pekerja yang ditimpa bencana
ISO 39001:2012 Road Traffic Safety Management Systems
- Penggunaan dan pergerakan kenderaan jabatan dalam melaksanakan aktiviti rasmi.
- Perjalanan anggota PERKESO ke pejabat melalui jalan utama dalam radius 5 km.
SO 45001:2018 Occupational Health and Safety Management Systems
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) berkaitan operasi bangunan, khidmat kaunter dan ruang kerja anggota di dalam bangunan :
- Menara Ibu Pejabat PERKESO,
- Pejabat PERKESO Negeri (PPN) Kuala Lumpur,
- PPN Selangor dan
- PPN Negeri Sembilan.