Majikan

Tanggungjawab Majikan

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peratura-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 terpakai kepada semua perusahaan yang mempunyai seorang pekerja atau lebih.

Majikan utama dan majikan langsung yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih, bertanggungjawab mendaftar dan membayar caruman mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Majikan utama juga bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman dibayar dengan tepat.

Majikan perlu melaporkan semua kemalangan berkaitan pekerjaan yang menimpa pekerjanya dalam tempoh masa 48 jam daripada kemalangan itu diketahui oleh majikan atau pihak yang bertanggungjawab bagi pihak majikan.

Jenis Majikan

Majikan Utama

Majikan yang mengambil pekerja secara terus di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Semua urusan perkhidmatan dan pembayaran gaji diuruskan oleh majikan utama.

Majikan Langsung

Majikan yang mengambil pekerja dan menjalankan kerja di bawah penyeliaan majikan utama. lni termasuk seseorang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang pekerja dan meminjamkan atau menyewakan bagi sementara waktu perkhidmatan pekerja tersebut kepada majikan utama.

Pendaftaran Majikan & Pekerja

Langkah 1:
Daftar ID Portal

  • Layari Portal ASSIST dan lengkapkan pendaftaran ID portal.
  • Terima kata laluan sementara melalui emel daripada PERKESO.
  • Log masuk menggunakan kata laluan tersebut.
  • Rujuk Quick Reference Guide (QRG) Pendaftaran ID Portal)

Langkah 2 :
Pendaftaran Majikan

Langkah 3:
Sertai Induksi Atas Talian

  • Kenali PERKESO melalui Video Induksi ini.
  • Rujukan kepada slaid Induksi.
  • Berikut adalah panduan membayar caruman di sistem ASSIST:
    Garis Panduan Ringkas Bayar Caruman Pekerja Bermajikan

    Sebarang pertanyaan lanjut sila e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi talian khidmat pelanggan PERKESO 1-300-22-8000.

Caruman

Anda boleh ke laman caruman untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kadar caruman dan bayaran caruman.

Bayaran Pendahuluan Caruman Pekerja Domestik

Majikan pekerja domestik kini boleh membuat pembayaran pendahuluan untuk tempoh 12 bulan melalui aplikasi Prihatin. Sila rujuk kepada panduan ringkas untuk maklumat lanjut.

Info

Pemberhentian Sebagai Majikan

Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan, hendaklah melengkapkan Borang 1A bagi Akta 4 dan Borang SIP 3 Bagi Akta 800 dan mengemukakan bersama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari pemberhentian tersebut melalui Portal ASSIST.

Rekod Daftar Kerja

Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan rekod daftar pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:

  1. Nama
  2.  Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
  3.  Pekerjaan
  4.  Butiran Caruman
  5.  Gaji Bulanan
  6.  Elaun-elaun

Daftar pekerja dan semua rekod bayaran caruman hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun dari tarikh catatan terakhir.

Takrif Gaji

Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:

  1. Upah
  2. Kerja lebih masa
  3. Komisyen dan caj perkhidmatan
  4. Cuti sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
  5. Elaun-elaun insentif, shif, makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya.

Semua pembayaran tersebut akan dibayar kepada pekerja sama ada bayaran mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja (piece rated / task rated) adalah dianggap sebagai gaji. Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji:

  1. Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerja
  2. Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
  3. Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
  4. Bonus tahunan

 

Penguatkuasaan

Informasi berkenaan penguatkuasaan seperti:

  1. Pemeriksaan
  2. Objektif
  3. Kompaun
  4. dan lain-lain.

 

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved