‘Cooling-off period’ atau ‘tempoh kelonggaran’ bagi majikan yang menggajikan pekerja domestik untuk mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan berakhir pada 31 Mei 2022.
Bermula 1 Jun 2022, semua majikan dan pekerja domestik adalah DIWAJIBKAN untuk berdaftar dan mencarum dengan PERKESO di bawah Akta Keselamatan Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
Kewajipan mendaftar dan mencarum dengan PERKESO ini juga adalah terpakai kepada mana-mana pekerja domestik dengan polisi insurans berkaitan bencana kerja dan keilatan yang akan tamat selepas 31 Mei 2022.
Peluasan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja domestik telah berkuatkuasa sejak 1 Jun 2021.
Peluasan ini membolehkan pekerja domestik meliputi individu warganegara Malaysia, pemastautin tetap (PR), pemastautin sementara (TR) dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan di bawah Akta 4 serta Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Akta 800. Bagi pekerja domestik warga asing pula, mereka akan dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan di bawah Akta 4 sahaja.
Pekerja domestik akan dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800) yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.
Seorang pekerja domestik yang diambil bekerja semata-mata dalam kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi suatu rumah kediaman persendirian dan bukan diambil bekerja bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan sama ada di dalam atau di luar rumah kediaman itu.
Pembantu rumah
Pemandu peribadi
Tukang kebun
Pengawal peribadi
Pengawal keselamatan
Tukang masak
Penjaga orang tua
Pengasuh bayi / kanak-kanak
Pendaftaran majikan dan pekerja domestik boleh dibuat mulai 16 Jun 2021.
Muat turun borang-borang yang disenaraikan di bawah:
Borang tersebut boleh dimuat turun dari sini.
Lengkapkan borang-borang yang disenaraikan di Langkah 1.
Imbas borang-borang tersebut secara berasingan.
Sediakan salinan dokumen berikut:
Log masuk ke portal ASSIST menggunakan ID yang telah diemelkan kepada anda dan muat naik borang-borang pendaftaran serta dokumen sokongan (rujuk Langkah 1 dan Langkah 2).
Untuk rujukan sila ke:
Akta/Pekerja Domestik | Akta 4 | Akta 800 | |
---|---|---|---|
Skim Bencana Pekerjaan | Skim Keilatan | Sistem Insurans Pekerjaan | |
Warganegara Malaysia | Layak | Layak | Layak |
Pemastautin Tetap (PR) | Layak | Layak | Layak |
Pemastautin Sementara (TR) | Layak | Layak | Layak |
Pekerja Asing | Layak | Tidak Layak | Tidak Layak |
Kadar Caruman Majikan | 1.25% | 0.5% | 0.2% |
Kadar Caruman Pekerja | - | 0.5% | 0.2% |
[Disclaimer] - SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox and Google Chrome. Website updated on 27 May 2022.
Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved