PENGUATKUASAAN

Pemeriksaan

Tujuan utama pemeriksaan diadakan adalah untuk memastikan pematuhan majikan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Di bawah peruntukkan Seksyen 12, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, pegawai pemeriksa yang dilantik hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan ke atas majikan dan ia dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Objektif

  • Memastikan majikan mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 & Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971

  • Memastikan semua rekod berkaitan disenggara dengan baik

  • Mengemaskini maklumat-maklumat majikan

  • Mengutip tunggakan caruman dan kekurangan caruman

  • Mengutip Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB)

  • Menyiasat aduan yang diterima

  • Memberi penerangan kepada majikan

  • Membantu majikan yang menghadapi masalah berkaitan caruman atau faedah

Kompaun

Kompaun merupakan peruntukkan di bawah Seksyen 95A, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, di mana Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh beliau boleh menawarkan kompaun kepada mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan yang boleh dikompaun seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006. Peraturan –Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006 telah diwartakan dan mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2006. Di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006, jenis-jenis kesalahan yang boleh dikompaun hanyalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 94(e) dan (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ianya merupakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan kewangan atau caruman majikan kepada PERKESO.

Jenis-jenis Kesalahan

  • Lewat Daftar Perusahaan

  • Lewat Daftar Pekerja

  • Tidak Menyediakan/Menyimpan Daftar Pekerja

  • Lewat Melaporkan Kemalangan Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

  • Tidak Menyediakan Jadual Pembayaran Caruman

Cara Mengkompaun

Notis kompaun akan dikeluarkan setelah PERKESO menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan. Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari, sekiranya pembayaran penuh jumlah yang ditawarkan itu telah dibuat pada atau sebelum tempoh empat belas hari itu, tiada tindakan selanjutnya akan diambil. Namun, jika tiada bayaran kompaun yang diterima selepas tempoh empat belas hari itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah maka, tindakan pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.

Pembayaran kompaun

  • Apabila suatu tawaran untuk mengkompaun mana-mana kesalahan telah dibuat dan diterima, pembayaran boleh dibuat melalui kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang atau deraf bank yang kena dibayar kepada ‘Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial’ di alamat yang dinyatakan di dalam Notis Tawaran Untuk Mengkompaun

  • Setiap pembayaran yang diterima akan dikemukakan dengan suatu resit rasmi.

  • Amaun kompaun yang boleh dikenakan hendaklah tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu. Jumlah maksimum kompaun yang boleh dikenakan ialah RM 5,000 atau apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Pertubuhan

Kadar kompaun

BilPeruntukan PerundanganJenis KesalahanKriteria KesalahanAmaun Kompuan
 1 Seksyen 4  Lewat daftar perusahaan Tempoh Kelewatan Mendaftar; 
 Melebihi 30 hari TETAPI kurang dari 1 tahun RM500
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 2 tahun  RM1500
 Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun  RM2000
 Melebihi 5 tahun  RM4000
 2 Seksyen 5 Lewat Daftar Pekerja Tempoh Kelewatan Mendaftar; 
Melebihi 30 hari TETAPI kurang dari 1 tahun  RM500
 Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 2 tahun  RM1500
 Melebihi 2 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun  RM2000
Melebihi 5 tahun  RM4000
 3 Peraturan 34(1)

dan (2) 

Gagal menyediakan/

menyimpan daftar pekerja

 Gagal Menyediakan/Menyimpan Daftar Pekerja:
Dalam tempoh 7tahun kebelakangan pada pemeriksaan pertama  RM300

Dalam tempoh 7tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang kedua dan seterusnya

 RM600
4 Peraturan 71(1)
dan (2)
Lewat melaporkan kemalangan
dalam tempoh yang ditetapkan
Kes Kematian
Tempoh Kelewatan Melapor:
Melebihi 2 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun RM1000
Melebihi 1 tahun RM1500
Kecederaan bencana kerja di tempat kerja:

Tempoh Kelewatan Melapor:
Melebihi 2 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun RM1000
Melebihi 1 tahun RM1500
Kecederaan kemalangan semasa perjalanan:
Tempoh Kelewatan Melapor:
Melebihi 3 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun RM1000
Melebihi 1 tahun RM1500
 5 Peraturan 44A

Gagal menyediakan jadual caruman

Gagal menyediakan dan mengemukakan Jadual Caruman untuk pekerja:

Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang  pertama

 RM300

Dalam tempoh 7 tahun pada pemeriksaan yang kedua dan seterusnya

 RM600

Pendakwaan

Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan atau pekerja yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan berikut boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Jenis-jenis Kesalahan Yang Boleh DIdakwa

BilPeruntukan PerundanganJenis Kesalahan
1 Seksyen 4 Gagal atau lewat mendaftar perusahaan
2 Seksyen 5 dan Peraturan 12(1) Gagal atau lewat mendaftar pekerja yang layak
3 Seksyen 6(1) & (8) dan Peraturan 32 Gagal atau lewat membayar caruman
4 Seksyen 14(A) & Peraturan 33 Gagal membayar Faedah Caruman Lewat Bayar
5 Peraturan 71(1) & (2) Majikan gagal atau lewat lapor kemalangan
6 Seksyen 93(A) Memberi, membuat atau mengemukakan dokumen atau maklumat palsu
7 Seksyen 110(1) Gagal mematuhi saman jabatan

Recovery

Unit "Recovery” ditubuhkan untuk mengutip atau mendapatkan balik bayaran yang telah diberikan kepada orang bencana, waris dan juga kepada penerima pinjaman pendidikan. 

Fungsi

Unit ini akan bertindak sekiranya terdapat pinjaman pendidikan yang tidak menjelaskan bayaran yang sepatutnya mereka jelaskan dan juga mengutip lebihan bayaran faedah yang diperolehi oleh orang bencana atau orang tanggungan di mana mereka tidak berhak menerimanya.

Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan:

  • Lawatan ke premis majikan peminjam / penjamin bagi kes peminjam tegar.

  • Lawatan ke rumah peminjam / penjamin / orang bencana / orang tanggungan di mana gagal membayar pinjaman pendidikan/ lebihan bayaran.

  • Lawatan di luar Lembah Klang dengan mengadakan sesi perjumpaan bersama peminjam/ penjamin bagi kes peminjam tegar di Pejabat PERKESO Negeri atau Pejabat PERKESO Tempatan.


[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 20 October 2020.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved