Tuntutan Faedah Covid-19 Semasa Fasa 'Peralihan ke Endemik'

Tuntutan Faedah COVID-19

Seiring dengan Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula 1 April 2022, semua tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.

Penyakit Khidmat merujuk kepada penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Sekiranya pekerja yang juga Orang Berinsurans (OB) PERKESO ingin membuat tuntutan faedah bagi kes COVID-19, tuntutan tersebut masih layak dipertimbangkan, namun terhad kepada pekerjaan yang terdedah kepada agen biologi dan adanya jangkitan dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan.

OB yang layak akan menerima faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keilatan.

Faedah-faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara 
  • Faedah Hilang Upaya Kekal 
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional
  • Faedah Orang Tanggungan 
  • Faedah Pengurusan Mayat 
  • Faedah Pendidikan

Faedah-faedah di bawah Skim Keilatan

  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Pencen Penakat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional / Return To Work (RTW) / Dialisis
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan

Cara memohon secara dalam talian dan fizikal, faedah PERKESO bagi kes COVID-19

  • Cara permohonan untuk menuntut faedah PERKESO bagi kes COVID-19 adalah sama seperti tuntutan bagi kemalangan semasa bekerja iaitu dengan melengkapkan Borang 34 (Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah)
  • Permohonan boleh dibuat secara manual dan dikemukakan kepada pejabat PERKESO berhampiran.
  • Majikan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menerusi Portal Permohonan Faedah di pautan https://faedah.perkeso.gov.my dengan log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) yang sama bagi Portal ASSIST.

Soalan Lazim

1. Mengapakah tuntutan faedah bagi kes COVID-19 diproses sebagai Penyakit Khidmat?

Tuntutan faedah bagi kes COVID-19 diproses sebagai Penyakit Khidmat kerana COVID-19 tersenarai sebagai penyakit yang dinyatakan dalam Jadual Kelima, Akta 4. Ia boleh dipertimbangkan sebagai Penyakit Khidmat jika memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 28, Jadual Kelima, Bahagian VII Agen Biologi Bil. 10.

2. Siapakan yang layak memohon bagi tuntutan faedah bagi kes COVID-19 di bawah Penyakit Khidmat?

Individu yang terdiri dalam kalangan pekerja jagaan kesihatan seperti di:

  1. Hospital
  2. Klinik
  3. Klinik pergigian
  4. Makmal perubatan / kajian
  5. Pusat rawatan harian
  6. Pusat rehabilitasi / fisio
  7. Pusat jagaan orang tua / mental
  8. Pusat rawatan dialysis
  9. Pusat bersalin dan rawatan kanak-kanak
3. Apakah contoh-contoh Penyakit Khidmat?

Antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat adalah seperti virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus)

4. Apakah rasional PERKESO memproses tuntutan faedah kes COVID-19 sebagai Penyakit Khidmat sekarang?

Pelaksanaan proses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 sebagai Penyakit Khidmat dilihat tepat pada masanya tatkala aktiviti ekonomi di seluruh negara mula menunjukkan perkembangan positif. Ia juga berselari dengan ‘exit strategy’ yang digagaskan oleh Kerajaan agar negara kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19.

5. Bilakah tarikh kuatkuasa tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 sebagai Penyakit Khidmat ini bermula?

Tarikh kuatkuasa tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 sebagai Penyakit Khidmat bermula pada 1 April 2022, seiring dengan anjakan negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’. Semua tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19  bagi tarikh OB disahkan positif pada 1 April 2022 dan selepas tarikh tersebut akan diproses sebagai Penyakit Khidmat.

6. Sekiranya pekerja disahkan positif COVID-19 sebelum 1 April 2022, adakah layak untuk membuat permohonan tuntutan faedah?

Ya, Orang Berinsurans (OB) yang disahkan positif COVID-19 sebelum 1 April 2022, PERKESO masih akan memproses tuntutan tersebut sebagai Bencana Kerja.

7. Apakah saluran untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan perkara ini?
  1. Sila rujuk laman sesawang PERKESO di pautan www.perkeso.gov.my
  2. Hubungi normbor Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000
  3. E-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

[Disclaimer] - SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 27 May 2022.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved