e-PARTICIPATION

e-Decision

Penubuhan Skuad PERKESO

PERKESO Prihatin merupakan sebuah strategi penjenamaan baharu yang diilhamkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed selaku Ketua Eksekutif PERKESO. Melalui strategi penjenamaan ini, sebuah inisiatif yang proaktif telah diwujudkan dengan penubuhan Skuad PERKESO Prihatin;

Skuad PERKESO Prihatin ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai sebuah wadah aspirasi yang prihatin bagi melaksanakan sebuah langkah proaktif bagi mengesan, menjejak dan melaksanakan pemprosesan faedah segera melalui pelbagai saluran seperti media cetak, elektronik dan social. Melalui inisiatif ini, bukan sahaja langkah yang proaktif dan efisyen dapat dihasilkan, malah hubungan baik antara PERKESO bersama pemimpin masyarakat,komuniti, pihak berkuasa, media dan sebagainya telah berjaya diperkukuhkan. Berikut disertakan objektif program:

  • Sense of Urgency di dalam membantu mereka yang memerlukan;
  • Menyemai budaya masyarakat prihatin;
  • Bentuk jaringan networking;
  • Dekat dihati rakyat.

Keterangan Selanjutnya >>

Memperhalusi laman web PERKESO

Mula dibangunkan pada Januari 2020 dan setelah melalui beberapa proses penambahbaikan dengan mempertimbangkan kebolehlaksanaan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan, laman web PERKESO yang baharu dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober 2020 semasa Hari PERKESO.

Objektif :

  • Membangunkan laman web dengan reka bentuk terkini yang lebih moden, mesra pengguna, responsif dan mengikut peredaran teknologi semasa.
  • Rekabentuk laman web dibangunkan berdasarkan versi terkini yang mempunyai ciri keselamatan yang ditambahbaik.

Keterangan Selanjutnya >>

Mewujudkan chatbot dan live chat

  • Chatbot PERKESO telah GO-LIVE secara rasmi pada 26.02.2021.
  • Nama chatbot adalah Hanna.
  • Chatbot PERKESO menggunakan platform laman sesawang korporat PERKESO. Terdapat dua fungsi iaitu Chatbot & Web Chat masing-masing dijawab oleh robot bagi soal jawab dan Ejen Langsung (Live Agent).
  • Waktu operasi bagi Chat Ejen Langsung adalah 8.00 pagi hingga 5.15 petang hari bekerja.
  • Boleh membuat pilihan bahasa (BM & BI).
  • Dikendalikan oleh Ejen daripada Team Unit Multimedia, Cawangan Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM), Bahagian Pengurusan Korporat.
  • Chatbot ini masih di dalam proses pemantauan pengoperasian, penambahbaikan input, solusi permasalahan dan kemantapan penyampaian maklumat.

Keterangan selanjutnya >>

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved