Accessibility Tools

Skip to main content

LINDUNG

Lindung

LINDUNG ialah identiti penjenamaan semula produk PERKESO yang menyatukan semua jenis perlindungan di bawah satu jenama utama. Ia melambangkan komitmen PERKESO untuk menawarkan perlindungan sosial yang lebih menyeluruh, mudah difahami dan dekat dengan masyarakat.

Metafora Logo

Logo LINDUNG mencerminkan iltizam dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial yang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat melalui empat akta utama di bawah seliaan PERKESO.

Warna Biru

Perkataan LINDUNG menggunakan rona biru sebagai identiti utama. Warna ini melambangkan kepercayaan, keselamatan, dan kestabilan, sejajar dengan peranan PERKESO sebagai pelindung kesejahteraan sosial masyarakat.

Huruf "U" Sebagai Ikon Perlindungan

Huruf kelimanya iaitu “U” direka dengan bentuk hati yang mengandungi simbol tanda semak ( ). Elemen ini mencerminkan keprihatinan, kasih sayang, dan jaminan perlindungan yang diberikan bukan sahaja kepada pencarum tetapi juga kepada ahli keluarga serta tanggungan mereka.

Garisan Putih - Simbol Jalan Selamat

Garisan putih pada huruf U yang membelah bentuk hati menyerupai tanda semak dan juga jalan raya. Ia menjadi metafora kepada laluan yang selamat, terjamin, dan berpandukan hala tuju yang jelas, menggambarkan fungsi PERKESO sebagai rakan strategik yang memastikan perjalanan hidup rakyat sentiasa terlindung.

4 Perkataan Utama

Empat perkataan utama di bawah logo mewakili empat teras perlindungan PERKESO: 

  1. PEKERJA (Hijau) - mewakili Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
  2. Kerjaya (Jingga/Oren) - mewakili Akta Sistem Insurans Pekerjaa 2017
  3. KENDIRI (Biru Tua) - mewakili Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017
  4. KASIH (Merah Jambu) - mewakili Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2002

Simbolik Keseluruhan

Gabungan hati dan tanda semak membentuk naratif visual bahawa LINDUNG bukan sekadar identiti jenama tetapi manifestasi komitmen PERKESO untuk menjadi lebih daripada sekadar pentadbir skim. Ia adalah lambang bahawa PERKESO hadir sebagai penjaga, pelindung, dan penyokong utama keselamatan sosial negara.

lindung-pekerja

LINDUNG PEKERJA adalah perlindungan keselamatan sosial untuk pekerja sektor formal sama ada warganegara, warganegara asing, serta pekerja domestik. Ini adalah penjenamaan semula bagi perlindungan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Objektif

  1. Memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan atau kematian.
  2. Menjamin kebajikan pekerja dan tanggungan mereka melalui faedah tunai, perubatan dan pemulihan.

Metafora Logo

Hijau melambangkan kehidupan, kesejahteraan dan kesinambungan, sejajar dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ia menegaskan komitmen PERKESO dalam memastikan pekerja sektor formal mendapat perlindungan menyeluruh sepanjang tempoh pekerjaan mereka.

lindung-pekerja

LINDUNG Kerjaya bertujuan melindungi pekerja yang kehilangan pekerjaan melalui bantuan kewangan dan sokongan kerjaya. Ini merupakan penjenamaan semula bagi skim di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Objektif

  1. Memberi bantuan kewangan sementara kepada pekerja yang hilang pekerjaan.
  2. Membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan baharu, program latihan dan bimbingan kerjaya menerusi portal MYFutureJobs.

Metafora Logo

WARNA JINGGA (atau Oren) membawa maksud tenaga, peluang dan kebangkitan, melambangkan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Dimensi ini menzahirkan usaha PERKESO untuk memberi sokongan dalam menghadapi kehilangan pekerjaan, sekali gus membantu pekerja membina semula kerjaya dengan lebih berdaya tahan.

lindung-kendiri

LINDUNG Kendiri memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada individu yang bekerja sendiri meliputi 20 sektor pekerjaan termasuk freelancer, pekerja gig, usahawan mikro, serta mereka yang tidak tergolong dalam sektor pekerjaan formal. Ia merupakan inisiatif PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Objektif

  1. Menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan bekerja sendiri yang tidak dilindungi seperti pekerja sektor formal
  2. Memberi jaminan pendapatan apabila berlaku kemalangan, penyakit atau kematian akibat pekerjaan

Metafora Logo

Biru tua mencerminkan keyakinan, keteguhan dan kepercayaan, mewakili Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Ia memberi makna bahawa PERKESO turut melindungi golongan bekerja sendiri, termasuk usahawan kecil, pekerja gig, dan mereka yang berdikari mencari rezeki.

lindung-kasih

LINDUNG Kasih lahir sebagai tanda penghargaan bagi melindungi wanita daripada risiko kemalangan atau kematian kerana kasih dan pengorbanan mereka tidak ternilai, sama ada sepenuh masa atau sambilan.

Objektif

  1. Memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada wanita, sama ada sepenuh masa atau sambilan
  2. Mengiktiraf sumbangan ekonomi dan sosial suri rumah kepada keluarga dan negara

Metafora Logo

Merah jambu melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kepedulian, mewakili Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Dimensi ini menegaskan bahawa PERKESO turut mengiktiraf peranan suri rumah sebagai tulang belakang keluarga dengan menyediakan perlindungan yang bersifat inklusif dan penuh empati.