Pekerja asing termasuk ekspatriat dan pekerja domestik asing adalah dilindungi di bawah skim-skim berikut:
Skim Bencana Kerja (LINDUNG PEKERJA)
Perlindungan kepada pekerja asing yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:
- Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan
- Kemalangan semasa dalam perjalanan seperti mengikut laluan di antara tempat kediaman atau tempat tinggal dengan tempat kerja, laluan di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam masa rehat yang dibenarkan atau perjalanan dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya.
- Kemalangan semasa kecemasan
- Penyakit khidmat
Tarikh kuatkuasa: 1 Januari 2019
Skim Keilatan (LINDUNG PEKERJA)
Perlindungan kepada pekerja asing yang menghidap keilatan atau keuzuran yang berkekalan serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal. Skim ini meliputi keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.
Tarikh kuatkuasa: 1 Julai 2024
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 JAM)
Perlindungan 24 jam kepada pekerja asing bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja dan tidak berkait langsung dengan pekerjaan.
Tarikh kuatkuasa: 1 Jun 2026
Syarat Kelayakan Pekerja Asing
- Mempunyai pasport yang sah
- Mempunyai pas kerja yang sah seperti Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), pas penggajian, pas khas dan lain-lain pas kerja seumpamanya
Pendaftaran & Pembayaran Caruman
Pendaftaran pekerja asing hendaklah dilakukan oleh majikan dan majikan wajib memastikan caruman dibayar sepenuhnya mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kegagalan melaksanakan perkara tersebut adalah suatu kesalahan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan sekiranya disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
| Kadar caruman bulanan yang WAJIB dibayar : | Syer | Skim Bencana Kerja | Skim Keilatan | Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja | Jumlah Caruman |
|---|---|---|---|---|---|
| Majikan | 1.25% | 0.5% | - | 1.75% | |
| Pekerja Asing | - | 0.5% | 0.75% (Fasa 1) |
0.5% |
* Kadar caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja dilaksanakan dalam tiga fasa berdasarkan tahun pelaksanaan mulai 1 Jun 2026:
- Tahun 1–2 (Fasa 1): 0.75%
- Tahun 3–5 (Fasa 2): 1.00%
- Tahun 6 dan seterusnya (Fasa 3): 1.25%
Nota Penting
Caruman Jenis Pertama (Skim Bencana Kerja, Skim Keilatan dan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Bagi pekerja asing yang mula memasuki skim PERKESO atau pertama kali dicarum di bawah umur 55 tahun.
Caruman Jenis Kedua (Skim Bencana Kerja dan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja)
Bagi pekerja asing yang telah mencapai umur 55 tahun ketika mula-mula memasuki skim PERKESO atau pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun dan masih bekerja
Sila ke laman berikut untuk mengetahui lebih lanjut:



