PERKESO mengalu-alukan pembentangan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia.
Komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat serta pembangunan modal insan mencerminkan keselarasan dengan mandat PERKESO dalam melindungi, memperkasa dan memelihara kebajikan tenaga kerja negara.
PERKESO akan terus mendukung aspirasi Malaysia MADANI melalui usaha memperkukuh keselamatan sosial serta memastikan setiap pekerja dan majikan menikmati manfaat daripada ekosistem perlindungan yang inklusif dan mampan.





