Perlindungan Keselamatan Sosial Untuk Individu Menjalankan Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI)

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.
Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI) telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain, menjadikan 20 sektor kesemuanya di bawah perlindungan skim ini. Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.
Sektor Pekerjaan Sendiri
-
Sektor Pengangkutan Penumpang
-
Pengangkutan Barangan atau Makanan
-
Pertanian
-
Penternakan
-
Perhutanan
-
Perikanan
-
Makanan
-
Pembuatan
-
Pembinaan
-
Penjaja
-
Premis Penginapan
-
Perniagaan Online
-
Teknologi Maklumat
-
Pemprosesan Data
-
Ejen
-
Perkhidmatan Profesional
-
Perkhidmatan Sokongan
-
Kesenian
-
Perkhidmatan Isi Rumah
-
Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
Kelayakan
- Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur.
- Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.