JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL
-
Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial berperanan memutuskan pertikaian dan tuntutan oleh Pertubuhan, majikan, pekerja dan orang tanggungannya berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah Seksyen 84 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Seksyen 59 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.
-
Pemohon boleh diwakili oleh pengamal undang-undang, pegawai kesatuan sekerja berdaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan bertulis oleh pemohon atau dengan kebenaran Jemaah, oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh alasan tindakan terbit.
-
Sebanyak sebelas (11) Jemaah ditubuhkan di mana sembilan (9) di Semenanjung Malaysia, dan setiap satu di Sabah dan Sarawak. Keanggotaan ahli-ahli Jemaah adalah dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.
-
Semua permohonan rayuan kepada Jemaah hendaklah dikemukakan ke Urus Setia di alamat berikut:-
Urusetia
Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
Tingkat 18, Menara PERKESO
281, Jalan Ampang
50538 Kuala Lumpur.
Tel : 1-300-22-8000