Hebahan Borang Akuan Tahunan 117

Hebahan Borang Akuan 117

Hebahan

Keperluan Mengemukakan Borang Akuan Tahunan (Peraturan 117) Bagi Pembayaran Berkala PERKESO Tahun 2023

Adalah dimaklumkan bahawa di bawah Peraturan 117, Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971, Orang Berinsurans / Orang Tanggungan yang menerima pembayaran faedah secara berkala hendaklah mengemukakan kepada PERKESO suatu akuan borang sebagaimana ditetapkan oleh Pertubuhan tiap-tiap dua belas bulan sekali.
 

Akuan ini hendaklah ditandatangani di hadapan mana-mana Majistret atau Jaksa Pendamai atau Pesuruhjaya Akta Pampasan Pekerja 1952 atau Akauntan Berkanun atau Akauntan Bertauliah atau Akauntan Berdaftar atau Notari Awam atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau B (termasuk pegawai PERKESO) atau Penghulu atau Penggawa atau Kadi atau Imam atau Paderi atau Ketua Balai Polis atau Guru Besar atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Ketua Eksekutif PERKESO.

Borang akuan ini akan diedarkan kepada semua penerima faedah yang terlibat secara berperingkat mulai 2 September 2022. Borang yang telah dilengkapkan mesti dikembalikan ke Pejabat PERKESO selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2022.  

Bagi pembayaran faedah berkala tahun 2023, hanya penerima bagi kategori berikut sahaja yang perlu melengkapkan Borang Akuan Tahunan (Peraturan 117) ini:

  1. Orang Berinsurans (OB) atau Orang Tanggungan (OT) yang hanya mempunyai No. KPPN lama bagi semua faedah
  2. Penerima faedah berkala yang menerima bayaran melalui Pejabat PERKESO
  • Anak / adik berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2023 (OT tunggal)
  1. Satu (1) anak / adik berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2023 yang merupakan penerima bersama balu / duda / ibu / bapa
  2. Anak berumur 21 tahun pada tahun 2023 (OT tunggal) dan anak berumur 21 tahun yang merupakan OT bersama balu dan duda
  3. Anak pada tahun 2022 yang masih belajar
  • Bayaran seberang laut
  • Penerima yang menggunakan no. passport
  1. Penerima faedah bagi pekerja asing

Pembayaran faedah tahun 2023 bagi  penerima seperti yang dinyatakan di atas akan dihentikan dan hanya akan diteruskan apabila Borang Akuan Tahunan (Peraturan 117) yang telah disempurnakan diterima oleh PERKESO.

Penerima  faedah PERKESO dinasihatkan untuk berurusan terus dengan mana-mana Pejabat PERKESO yang berhampiran sekiranya ada sebarang kemusykilan dan elakkan daripada menggunakan orang tengah dalam sebarang urusan PERKESO.

 

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

09 SEPTEMBER 2022

Read more: Hebahan Borang Akuan Tahunan 117

  • Hits: 4143

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved