Pusat Dialisis

PUSAT DIALISIS

  • Melalui Arahan AKSP Bil. 1 Tahun 1999, PERKESO telah menyediakan kemudahan hemodialisis kepada Orang Berinsurans yang berkelayakan yang mengidap penyakit buah pinggang pada peringkat End Stage Renal Failure.
  • Kemudahan rawatan hemodialisis ini adalah sebagai salah satu faedah pemulihan kepada Orang Berinsurans yang diberikan secara percuma di pusat-pusat dialisis panel PERKESO samada di bawah Badan Bukan Kerajaan atau pusat dialisis swasta.
  • Kemudahan ini juga termasuk membiayai Orang Berinsurans yang ingin menjalani rawatan hemodialisis di pusat dialisis bukan panel PERKESO dan Hospital Kerajaan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh PERKESO. Namun begitu, kemudahan dialisis ini telah diperluaskan juga dengan memperkenalkan rawatan dialisis secara Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) sebagai alternatif kepada hemodialisis.
  • PERKESO dari semasa ke semasa telah memperluaskan liputan bantuan dialisis bukan sahaja kepada Orang Berinsurans tetapi bantuan juga dipanjangkan kepada Pusat-Pusat Dialisis Panel melalui pendermaan mesin hemodialisis kepada pusat dialisis berstatus Badan Amal/Bukan Pertubuhan Kerajaan.

Bagi memastikan kemudahan bantuan dialisis ini dapat diurustadbir dengan baik dan teratur, maka Unit Dialisis telah diwujudkan di Cawangan Perubatan dan Pemulihan pada tahun 1998.

Objektif Unit Dialisis

Kemudahan Bantuan Dialisis

  • Menguruskan perlantikan pusat dialisis
  • Menguruskan permohonan untuk rawatan dialisis
  • Menguruskan bil-bil bayaran rawatan dialisis
  • Menguruskan kebajikan pesakit-pesakit tajaan PERKESO
  • Menguruskan bayaran-bayaran lain berkaitan dialisis
  • Menguruskan pendermaan mesin pada pusat dialisis yang bertaraf NGO atau Badan Amal
  • Rawatan Kaedah Hemodialisis di Pusat Panel PERKESO, Bukan Panel dan Hospital Kerajaan
  • Rawatan Kaedah CAPD
  • Subsidi suntikan Erythropoietin (EPO)
  • Subsidi pembelian ubat-ubatan Immunosuppressants bagi Orang Berinsurans yang telah menjalani pemindahan buah pinggang
  • Membiayai pembedahan Arteriovenous Fistulae (AV Fistulae)
  • Pendermaan mesin hemodialisis untuk Pusat Dialisis Panel bertaraf NGO atau Badan Amal (tertakluk kepada terma dan syarat).
    Nota :  kemudahan bantuan dialisis tertakluk kepada arahan semasa.

Senarai Pusat Dialisis

NGO

SWASTA

Read more: Pusat Dialisis

  • Hits: 8721

Klinik Panel

KLINIK PANEL

  • Klinik swasta yang telah dilantik untuk memberikan rawatan perubatan kepada mana-mana Orang Berinsurans PERKESO yang ditimpa suatu ‘Bencana Kerja’ adalah dikenali sebagai Klinik Panel PERKESO.

    Bencana Kerja ertinya bencana pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan.

  • Orang berinsurans / majikan : Pihak majikan atau orang berinsurans boleh merujuk kepada senarai klinik yang dimuatnaik untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Perlu membawa Borang 21 (Laporan Kemalangan), Borang PKS 68 atau PKS 69 (Laporan penyakit Khidmat) ATAU surat pengenalan daripada majikan.

  • Klinik
    i. Senarai yang dimuatnaik merupakan senarai klinik yang telah memenuhi syarat kelayakan klinik panel PERKESO sebagaimana kehendak Pekeliling Doktor Insurans PERKESO Bil 1 Tahun 2010.

    ii. Perlu melengkapkan Borang DIP4 – Borang Maklumat Latihan Kesihatan Pekerjaan Doktor Insurans PERKESO yang akan dilampirkan sekiranya tidak disenaraikan.

    Sebarang pertanyaan atau pertukaran maklumat klinik boleh menghubungi seperti dibawah:

    Telefon                                    :        03-4264 5061
    Faks                                         :        03-4356 8325
    Alamat surat-menyurat     :       Unit Klinik, Cawangan Perubatan & Pemulihan
                                                              Bahagian Operasi, Tingkat 10, Menara PERKESO
                                                               Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur

Soalan Lazim

Pautan Dokumen

  • 1. Apakah dokumen yang diperlukan oleh orang berinsurans / majikan untuk dibawa bersama semasa mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Panel ?

    Orang berinsurans  / Majikan perlu membawa bersama :

    1. Borang 34 : Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah;
    2. Borang PKS(P)68 : Laporan Penyakit Khidmat; atau Borang PKS(P)69 : Notis Penyakit Khidmat dari Orang Berinsurans / wakil
    3. Surat pengenalan daripada majikan.

    Borang borang tersebut boleh dimuat-turun daripada Pautan Dokumen Nombor 5 (Borang yang perlu dibawa oleh majikan / orang berinsurans).

  • 2. Apakah jenis klinik Panel PERKESO ?

    Klinik panel PERKESO terdiri daripada 3 kategori iaitu : 

    1. Klinik Panel Orang Berinsurans PERKESO;
    2. Klinik untuk Program Saringan Kesihatan PERKESO (HSP) - http://sehat.perkeso.gov.my/
    3. Klinik Panel Kakitangan PERKESO
  • 3. Bagaimanakah proses dan keperluan untuk mendaftar sebagai Klinik Panel (Orang Berinsurans PERKESO) ?

    Dokumen yang diperlukan adalah :

    1. Surat permohonan dari Klinik beserta kertas cadangan dan profil klinik
    2. Salinan Kad Pengenalan (Bagi setiap Doktor yang memohon)
    3. Salinan sijil latihan kesihatan pekerjaan yang diiktiraf ( Rujuk Pekeliling Doktor Insurans PERKESO Bil 1 Tahun 2010 )
    4. Salinan Borang 12 - Perakuan Amalan Tahunan terkini. (Bagi setiap Doktor yang memohon)
    5. Salinan Borang 10 – Perakuan Pendaftaran ( Bagi setiap Doktor yang memohon)
    6. Salinan Borang B atau F – Perakuan untuk Menubuhkan / Menyelenggarakan / Mengendalikan / Menyediakan Klinik Perubatan Swasta
    7. Senarai Panel – Syarikat atau majikan yang melantik tuan / puan sebagai klinik panel.
    8. Sebutharga rawatan
  • 4. Apakah langkah yang perlu diambil jika terdapat perubahan maklumat berkaitan dengan klinik ?

    Pihak pengurusan klinik perlu memaklumkan status terkini klinik sekiranya terdapat penambahan, pertukaran / pembatalan nama doktor yang bertugas, alamat, no telefon, no faksimili dan email klinik menerusi faksimili atau alamat surat menyurat seperti yang dinyatakan di atas.

  • 5. Senaraikan contoh – contoh sijil latihan kesihatan pekerjaan yang diperlukan ?

    1. Certificate In Occupational Medicine - MEDICAL PROGRESS INSTITUTE
    2. Bengkel Pengenalan Kesihatan Pekerjaan – NIOSH
    3. Diploma Siswazah Kesihatan Pekerjaan – UKM
    4. Occupational Health Doctor ( Module 1) – NIOSH
    5. Peperiksaan Doktor Kesihatan Pekerjaan – NIOSH
    6. Occupational Health Course For Medical Practitioners - AOEM
  • 6. Bagaimana hendak mendapatkan Borang 13 ?

    Pihak klinik boleh mendapatkan borang tersebut di pejabat PERKESO yang berdekatan.

Senarai Klinik Panel PERKESO

  • Klinik Panel Johor

  • Klinik Panel Kedah

  • Klinik Panel Kelantan

  • Klinik Panel Kuala Lumpur

  • Klinik Panel Labuan

  • Klinik Panel Melaka

  • Klinik Panel Negeri Sembilan

  • Klinik Panel Pahang

  • Klinik Panel Perak

  • Klinik Panel Pulau Pinang

  • Klinik Panel Perlis

  • Klinik Panel Sabah

  • Klinik Panel Sarawak

  • Klinik Panel Selangor

  • Klinik Panel Terengganu

Read more: Klinik Panel

  • Hits: 9959

Pendaftaran

PENDAFTARAN

Majikan dan pekerja baharu mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh Akta dipakai bagi perusahaan itu. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Majikan ( Borang 1 ) serta Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2) bersama dengan dokumen yang ditetapkan ( sila dapatkan senarai semak menerusi laman sesawang atau pejabat PERKESO ) dan mengemukakannya ke pejabat PERKESO berdekatan.

Jika berlaku perubahan nama, alamat, jenis, status ketuanpunyaan perusahaan atau pekerja, majikan hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada PERKESO.

Majikan dan pekerja baharu mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh Akta dipakai bagi perusahaan itu. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) serta Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2) bersama dengan dokumen yang ditetapkan (sila dapatkan senarai semak menerusi laman sesawang atau pejabat PERKESO) dan mengemukakannya ke pejabat PERKESO berdekatan.

  • Rekod Daftar Pekerja

    Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan rekod daftar pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:

    1.  Nama
    2.  Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
    3.  Pekerjaan
    4.  Butiran Caruman
    5.  Gaji Bulanan
    6.  Elaun-elaun
  • Daftar pekerja dan semua rekod bayaran caruman hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun dari tarikh catatan terakhir.

  • Pemberhentian Sebagai Majikan

    Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan (majikan aktif tetapi tiada pekerja, majikan tutup sementara dan majikan tamat perusahaan) hendaklah memaklumkan kepada PERKESO dengan mengemukakan Borang Pemberhentian Sebagai Majikan (Borang 1A) bersama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tersebut.

  • Takrif Gaji

    Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:

    i. Upah
    ii. Kerja lebih masa
    iii. Komisyen dan caj perkhidmatan
    iv. Cuti sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
    v. Elaun-elaun insentif, shif, makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya

    Semua pembayaran tersebut akan dibayar kepada pekerja sama ada bayaran mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja (piece rated / task rated) adalah dianggap sebagai gaji. Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji:

    i. Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerja
    ii. Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
    iii. Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
    iv. Bonus tahunan

Read more: Pendaftaran

  • Hits: 3123

Registration

REGISTRATION

Read more: Registration

  • Hits: 4791

Kelayakan Majikan

KELAYAKAN MAJIKAN

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peratura-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 terpakai kepada semua perusahaan yang mempunyai seorang pekerja atau lebih.

Jenis Majikan

MAJIKAN UTAMA

Majikan yang mengambil pekerja secara terus di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Semua urusan perkhidmatan dan pembayaran gaji diuruskan oleh majikan utama.

MAJIKAN LANGSUNG

Majikan yang mengambil pekerja dan menjalankan kerja di bawah penyeliaan majikan utama. lni termasuk seseorang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang pekerja dan meminjamkan atau menyewakan bagi sementara waktu perkhidmatan pekerja tersebut kepada majikan utama.

Tanggungjawab Majikan

Majikan utama dan majikan langsung yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih, bertanggungjawab mendaftar dan membayar caruman mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Majikan utama juga bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman dibayar dengan tepat.

Majikan bertanggungjawab untuk melapor semua kemalangan berkaitan pekerjaan yang menimpa pekerjanya dalam tempoh masa 48 jam daripada kemalangan itu diketahui oleh majikan atau pihak yang bertanggungjawab bagi pihak majikan.

Read more: Kelayakan Majikan

  • Hits: 32857

More Articles ...

[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 27 October   2021.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved