Sewaan Ruang Pejabat

IKLAN SEWAAN / JUALAN

Sewaan Ruang Pejabat/Kantin

MENARA NU2

PERKESO GEORGETOWN

PERKESO JOHOR

PERKESO KUALA LUMPUR

PERKESO PUTRAJAYA

PERKESO SEBERANG JAYA

PERKESO SEREMBAN

Bangunan PERKESO Untuk Dijual

Tiada iklan penjualan dipaparkan  buat masa ini. Iklan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pegawai Untuk Dihubungi

Mohd Jonaidie bin Mat Jusoh
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 0126123024

Nurul Najwa binti Ameer Ali
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 0193356708

Norafiza binti Abdul Razak
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 0193261189

Read more: Sewaan Ruang Pejabat

  • Hits: 24817

Penguatkuasaan

Penguatkuasaan

Pemeriksaan

Tujuan utama pemeriksaan diadakan adalah untuk memastikan pematuhan majikan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Di bawah peruntukkan Seksyen 12, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, pegawai pemeriksa yang dilantik hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan ke atas majikan dan ia dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Objektif

  • Memastikan majikan mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 & Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
  • Memastikan semua rekod berkaitan disenggara dengan baik
  • Mengemaskini maklumat-maklumat majikan.
  • Mengutip tunggakan caruman dan kekurangan caruman.
  • Mengutip Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).
  • Menyiasat aduan yang diterima.
  • Memberi penerangan kepada majikan.
  • Membantu majikan yang menghadapi masalah berkaitan caruman atau faedah.

Kompaun

Kompaun merupakan peruntukkan di bawah Seksyen 95A, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, di mana Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh beliau boleh menawarkan kompaun kepada mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan yang boleh dikompaun seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006. Peraturan –Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006 telah diwartakan dan mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2006. Di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006, jenis-jenis kesalahan yang boleh dikompaun hanyalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 94(e) dan (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ianya merupakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan kewangan atau caruman majikan kepada PERKESO.

Jenis-jenis Kesalahan

  • Lewat Daftar Perusahaan.
  • Lewat Daftar Pekerja.
  • Tidak Menyediakan/Menyimpan Daftar Pekerja.
  • Lewat Melaporkan Kemalangan Dalam Tempoh Yang Ditetapkan.
  • Tidak Menyediakan Jadual Pembayaran Caruman.

Cara Mengkompaun

Notis kompaun akan dikeluarkan setelah PERKESO menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan. Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari, sekiranya pembayaran penuh jumlah yang ditawarkan itu telah dibuat pada atau sebelum tempoh empat belas hari itu, tiada tindakan selanjutnya akan diambil. Namun, jika tiada bayaran kompaun yang diterima selepas tempoh empat belas hari itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah maka, tindakan pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.

Pembayaran kompaun

  • Apabila suatu tawaran untuk mengkompaun mana-mana kesalahan telah dibuat dan diterima, pembayaran boleh dibuat melalui kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang atau deraf bank yang kena dibayar kepada ‘Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial’ di alamat yang dinyatakan di dalam Notis Tawaran Untuk Mengkompaun.

  • Setiap pembayaran yang diterima akan dikemukakan dengan suatu resit rasmi.

  • Amaun kompaun yang boleh dikenakan hendaklah tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu. Jumlah maksimum kompaun yang boleh dikenakan ialah RM 5,000 atau apa-apa amaun yang ditetapkan oleh PERKESO.

Kadar kompaun

Bil Peruntukan Perundangan Jenis Kesalahan Kriteria Kesalahan Amaun Kompuan
 1 Seksyen 4  Lewat daftar perusahaan Tempoh Kelewatan Mendaftar; 
 Melebihi 30 hari TETAPI kurang dari 1 tahun RM500
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 2 tahun  RM1500
 Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun  RM2000
 Melebihi 5 tahun  RM4000
 2 Seksyen 5 Lewat Daftar Pekerja Tempoh Kelewatan Mendaftar; 
Melebihi 1 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun RM 500 (seorang pekerja)
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 2 tahun RM 1,000 (seorang pekerja)
 Melebihi 2 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun RM 1,500 (seorang pekerja)
Melebihi 5 tahun RM 3,000 (seorang pekerja)
 3 Peraturan 34(1)

dan (2) 

Gagal menyediakan/

menyimpan daftar pekerja

Gagal Menyediakan/Menyimpan Daftar Pekerja:
Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan pertama  RM300

Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang kedua dan seterusnya

 RM600
4 Peraturan 71(1) & (4) (b) Lewat melaporkan kemalangan
dalam tempoh yang ditetapkan
Kes Kematian
Tempoh Kelewatan Melapor:
Melebihi 2 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun RM1000
Melebihi 1 tahun RM1500
Kecederaan bencana kerja di tempat kerja:

Tempoh Kelewatan Melapor:
Melebihi 2 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun RM1000
Melebihi 1 tahun RM1500
Kecederaan kemalangan semasa perjalanan:
Tempoh Kelewatan Melapor:
Melebihi 3 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun RM1000
Melebihi 1 tahun RM1500
 5 Peraturan 44A

Gagal menyediakan jadual caruman

Gagal menyediakan dan mengemukakan Jadual Caruman untuk pekerja:

Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang  pertama

 RM300

Dalam tempoh 7 tahun pada pemeriksaan yang kedua dan seterusnya

 RM600

Pendakwaan

Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan atau pekerja yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan berikut boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Jenis-jenis Kesalahan Yang Boleh DIdakwa

BilPeruntukan PerundanganJenis Kesalahan
1 Seksyen 4 Gagal atau lewat mendaftar perusahaan
2 Seksyen 5 dan Peraturan 12(1) Gagal atau lewat mendaftar pekerja yang layak
3 Seksyen 6(1) & (8) dan Peraturan 32 Gagal atau lewat membayar caruman
4 Seksyen 14(A) & Peraturan 33 Gagal membayar Faedah Caruman Lewat Bayar
5 Peraturan 71(1) & (2) Majikan gagal atau lewat lapor kemalangan
6 Seksyen 93(A) Memberi, membuat atau mengemukakan dokumen atau maklumat palsu
7 Seksyen 110(1) Gagal mematuhi saman jabatan

Recovery

Unit "Recovery” ditubuhkan untuk mengutip atau mendapatkan balik bayaran yang telah diberikan kepada orang bencana, waris dan juga kepada penerima pinjaman pendidikan. 

Fungsi

Unit ini akan bertindak sekiranya terdapat pinjaman pendidikan yang tidak menjelaskan bayaran yang sepatutnya mereka jelaskan dan juga mengutip lebihan bayaran faedah yang diperolehi oleh orang bencana atau orang tanggungan di mana mereka tidak berhak menerimanya.

Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan:

  • Lawatan ke premis majikan peminjam / penjamin bagi kes peminjam tegar.
  • Lawatan ke rumah peminjam / penjamin / orang bencana / orang tanggungan di mana gagal membayar pinjaman pendidikan/ lebihan bayaran.
  • Lawatan di luar Lembah Klang dengan mengadakan sesi perjumpaan bersama peminjam/ penjamin bagi kes peminjam tegar di Pejabat PERKESO Negeri atau Pejabat PERKESO Tempatan.

Read more: Penguatkuasaan

  • Hits: 91872

Skuad Prihatin & Social Synergy

Skuad Prihatin & Social Synergy

PERKESO Prihatin

PERKESO Prihatin merupakan sebuah strategi penjenamaan baharu yang diilhamkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed selaku Ketua Eksekutif PERKESO. Melalui strategi penjenamaan ini, sebuah inisiatif yang proaktif telah diwujudkan dengan penubuhan Skuad PERKESO Prihatin;

Skuad PERKESO Prihatin ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai sebuah wadah aspirasi yang prihatin bagi melaksanakan sebuah langkah proaktif bagi mengesan, menjejak dan melaksanakan pemprosesan faedah segera melalui pelbagai saluran seperti media cetak, elektronik dan sosial.

Impak positif Skuad PERKESO

  • Peningkatan tahap kecekapan dan kompetensi Pegawai Skuad di setiap pejabat PERKESO melalui pemantauan pelaporan dan aktiviti yang lebih sistematik, komprehensif dan efisyen.

  • Tahap penyusunan dan koordinasi pelaporan yang lebih berkesan dan tepat melalui Sistem MySynergy.

  • Penjimatan kos publisiti di media kesan daripada peningkatan jumlah sesi libat urus bersama media/individu/agensi yang berkepentingan oleh Pegawai Skuad di setiap pejabat.

Social Synergy

Program Social Synergy merupakan gerakan inisiatif yang inovatif yang dilahirkan pada tahun 2017 bagi mewujudkan sebuah platform keselamatan sosial yang pertama di Malaysia. Program ini dibina dengan mengadaptasi model keselamatan sosial dari negara maju seperti Australia, England, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Program ini dibina dengan rekabentuk yang sistematik, komprehensif, holistik dan berkesinambungan. Dengan menggabungkan tiga (3) entiti keselamatan sosial iaitu Insurans Sosial, Bantuan Sosial dan Intervensi Pasaran Kerja, inisiatif ini dilihat sebagai formula terbaik bagi menangani permasalahan kemiskinan, keciciran dan ketidaksepaduan manfaat keselamatan sosial yang menyumbang ke arah pertindihan faedah dan manfaat.

Objektif Social Synergy

  • Meningkatkan pendapatan sara hidup & Mengurangkan kadar kemiskinan yang melanda.

  • Menyediakan platfom keselamatan sosial secara berpusat, sistematik dan komprehensif untuk seluruh Rakyat Malaysia.

  • Melahirkan lebih ramai pengamal keselamatan sosial yang kompeten sehingga membentuk sebuah komuniti keselamatan sosial yang unggul.

  • Menjadikan Rakyat Malaysia lebih Holistik dengan memiliki kemahiran yang kompeten di dalam pelbagai bidang.

Aplikasi Mudah Alih Prihatin

Semua pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara akan diberikan akses untuk menyalurkan maklumat prospek yang memiliki apa-apa masalah yang membelenggu kehidupan untuk dibantu oleh pelbagai agensi yang menyediakan manfaat keselamatan sosial melalui Program Social Synergy bagi mengelakkan isu keciciran serta pertindihan manfaat yang berlaku sebelum ini.

Muat turun aplikasi Prihatin di Google Play Store atau Apple App Store untuk menggunakan fungsi aplikasi ini. Semakan kes Prihatin juga boleh dibuat di sini.

Semakan status kes

Related Info

Read more: Skuad Prihatin & Social Synergy

  • Hits: 30234

Menara PERKESO, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

1-300-22-8000

Copyright 2023 © Social Security Organisation | All rights reserved