PEKERJA DOMESTIK

PELUASAN LIPUTAN PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL KEPADA PEKERJA DOMESTIK

Pekerja domestik akan dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800) yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2021.

Definisi Pekerja Domestik

Seorang pekerja domestik yang diambil bekerja semata-mata dalam kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi suatu rumah kediaman persendirian dan bukan diambil bekerja bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan sama ada di dalam atau di luar rumah kediaman itu.

Contoh Pekerja Domestik

  • Pembantu rumah

  • Pemandu peribadi

  • Tukang kebun

  • Pengawal peribadi

  • Pengawal keselamatan

  • Tukang masak

  • Penjaga orang tua

  • Pengasuh bayi / kanak-kanak

Pendaftaran

Pendaftaran majikan dan pekerja domestik boleh dibuat mulai 16 Jun 2021. 

Langkah 2 (Lengkapkan)

Lengkapkan borang-borang yang disenaraikan di Langkah 1.

Imbas borang-borang tersebut secara berasingan.

Sediakan salinan dokumen berikut:

  • Kad pengenalan atau pasport terkini majikan.
  • Kad pengenalan atau pasport terkini pekerja domestik.

Langkah 3 (Dapatkan ID)

Dapatkan ID untuk memuat naik dokumen ke dalam sistem (Sistem ASSIST) - Emel Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal ASSIST ke:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kami akan emel semula ID dan kata laluan sementara kepada anda.

Langkah 4 (Muat Naik)

Log masuk ke portal ASSIST menggunakan ID yang telah diemelkan kepada anda dan muat naik borang-borang pendaftaran serta dokumen sokongan (rujuk Langkah 1 dan Langkah 2).

Untuk rujukan sila ke:

Panduan Pendaftaran Portal ASSIST.

Syarat Pekerja Domestik

  • Warganegara / pemastautin tetap (PR) / pemastautin sementara (TR)
  • Warganegara asing dengan dokumen perjalanan yang sah

Syarat Majikan

  • Majikan warganegara Malaysia
  • Majikan warganegara asing boleh menggajikan pekerja warganegara Malaysia sahaja
Akta/Pekerja Domestik Akta 4 Akta 800
Skim Bencana Pekerjaan Skim Keilatan Sistem Insurans Pekerjaan
Warganegara Malaysia Layak Layak Layak
Pemastautin Tetap (PR) Layak Layak Layak
Pemastautin Sementara (TR) Layak Layak Layak
Pekerja Asing Layak Tidak Layak Tidak Layak
Kadar Caruman Majikan 1.25% 0.5% 0.2%
Kadar Caruman Pekerja - 0.5% 0.2%

[Disclaimer] - SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 15 November 2021.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved