Tatacara Bayaran Caruman

  1. Untuk membuat bayaran caruman SIP, sila login di
    (Sila layari laman web perkeso untuk mendapatkan ID Portal).

  2. Sila kemaskini maklumat caruman dan jana ECR untuk tujuan bayaran caruman SIP.

  3. Cara bayaran caruman:
    1. Financial Process Exchange (FPX)
      Sila rujuk Panduan Pengguna di sini.

      Bagi akaun perbankan runcit / peribadi (B2C), had minimum bagi setiap transaksi ialah RM1.00 dan jumlah maksimum secara amnya terhad sehingga RM30,000* bagi setiap transaksi.

      Bagi perbankan syarikat / korporat (B2B), had minimum bagi setiap transaksi ialah RM2.00 dan jumlah maksimum secara amnya terhad sehingga RM1,000,000* bagi setiap transaksi.

      *Had nilai transaksi tertakluk kepada had Perbankan Internet individu dengan bank, yang mana lebih rendah.

      Bagi transaksi kurang daripada had minimum yang dinyatakan di atas, bayaran boleh dibuat dengan cara (b).


    2. Electronic Funds Transfer (EFT)
      Bagi pembayaran secara EFT, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 1-300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut.

    3. Cek, kiriman wang atau wang pos
      Sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah seperti di ECR. Sila pastikan butiran cek, kiriman wang atau wang pos adalah lengkap seperti berikut:
      1. Bertarikh dalam tempoh sah laku;
      2. Dibayar atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO;
      3. Jumlah bayaran dalam angka hendaklah bersamaan dengan jumlah dalam perkataan;
      4. Telah ditandatangani;
      5. Tiada sebarang pindaan pada cek, kiriman wang atau wang pos;
      6. Nama, Nombor Kod Majikan, bulan dan tahun caruman beserta nombor telefon hendaklah dicatat di belakang cek, kiriman wang atau wang pos;
      7. Jumlah amaun pada cek, kiriman wang atau wang pos hendaklah bersamaan dengan jumlah amaun perlu dibayar; dan
      8. Sila guna hanya satu medium bayaran bagi setiap satu transaksi.


  4. Bagi bayaran 3.c, sila sediakan :
    1. Cek, kiriman wang atau wang pos; dan
    2. cetakan ECR seperti di Para 2.
    dan pos ke Pejabat PERKESO berdekatan (rujuk alamat di sini)
    Atau;
    Hadir ke Pejabat PERKESO berdekatan dengan membawa dokumen yang dinyatakan di Para 4.a dan 4.b.

© Copyright 2017 PERKESO- All Rights Reserved


Employment Insurance System Partners