Soalan Lazim

Sinonim: Apakah itu SIP | Komponen-komponen SIP | General SIP | Model SIP

SIP merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan. SIP terdiri daripada dua komponen utama iaitu insurans pekerjaan (Employment Insurance) dan Active Labour Market Policies (ALMPs).

Komponen pertama: pekerja yang terjejas akan diberikan bantuan kewangan sementara untuk menyokong diri dan keluarga mereka semasa mencari pekerjaan baharu. Mereka juga akan diberikan bantuan kewangan tambahan jika mereka menjalani program latihan yang diakreditasi untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Komponen kedua: sebagai tambahan kepada bantuan kewangan, pekerja yang terjejas akan disokong dengan program perkhidmatan pekerjaan semula untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan secepat mungkin yang baharu dan sesuai. Ini termasuk bantuan kaunseling kerjaya, carian dan padanan pekerjaan serta latihan.

Sinonim: faedah-faedah kepada ekonomi | ekonomi

SIP dapat bertindak sebagai automatic economic stabilizer semasa kegawatan dan peralihan ekonomi kerana disokong oleh income security measures dan dasar pasaran buruh aktif (ALMP). Langkah-langkah ini dapat melindungi pekerja yang kehilangan pekerjaan dan keluarga mereka melalui bantuan kewangan yang secara tidak langsung mengeluarkan mereka dari kemiskinan sebagai tindak balas serta merta.

SIP ini juga dapat mengurangkan sebarang kos kepada Kerajaan seperti bantuan pakej rangsangan ekonomi sewaktu kegawatan ekonomi (e.g.: tahun 1997/1998 dan 2008/2009). SIP juga mengelakkan pengangguran jangka panjang yang secara tidak langsung mengurangkan isu sosial, ketegangan sosio politik dan jenayah dalam masyarakat.

Dalam masa yang sama, SIP ini dapat membantu industry supaya lebih produktif melalui golongan pekerja yang berkemahiran, berinovasi dan sentiasa menyesuaikan diri dengan kitaran ekonomi global yang dinamik.

Sinonim: Kelemahan Employment Termination & Lay-off Benefit (ETLB)

  1. ETLB hanya terhad kepada pekerja yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah (RM2,500 di Sabah dan Sarawak) manakala SIP akan meliputi semua pekerja tanpa had gaji di sektor swasta. Manakala, perjanjian kolektif (CA) dan kontrak perkhidmatan pula tidak meliputi semua pekerja. Ketiga-tiga jenis faedah penamatan di atas tidak menyediakan perkhidmatan pekerjaan dan terasing daripada pasaran buruh yang dinamik.
  2. Faedah ETLB dibayar secara lumpsum menyebabkan ianya tidak mencukupi dan tidak membantu pekerja yang bekerja kurang daripada 5 tahun. Pekerja diberhentikan juga tidak mendapat pampasan apabila majikan abscond, likuidasi atau bankrupt seperti dalam kes PERWAJA Steel, Megasteel, Roti Hi-5, AAM dan lain-lain.
  3. Berdasarkan statistik 10 tahun yang lalu daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), kira-kira RM65 juta setahun pembayaran pemberhentian masih belum dibayar kepada pekerja yang telah diberhentikan kerja, walaupun terdapat perintah mahkamah.
  4. Selain daripada itu, 8.4 juta pekerja formal di sektor swasta (termasuk 2 juta pekerja asing), kira-kira 36.8% adalah mereka yang mendapat gaji kurang daripada RM2,000 sebulan. Peratusan akan menjadi lebih kecil apabila kadar gaji minimum dinaikkan dari semasa ke semasa. (Manakala dari 6.4 juta pencarum aktif yang berdaftar dengan PERKESO, kira-kira 51.6% adalah mereka yang mendapat kurang daripada RM2,000).

Sinonim: statistik ETLB | bilangan pemberhentian / pembuangan | trend pemberhentian

Statistik pemberhentian untuk 3 tahun kebelakangan ini ialah 44,343 (2015), 37,699 (2016) dan 17,798 (sehingga Jun 2017). Namun demikian, berdasarkan kajian oleh ILO jumlah sebenar pekerja yang kehilangan pekerjaan lebih tinggi daripada kadar yang dilaporkan kepada JTK.

Berdasarkan kajian tenaga buruh tahun 2015, kadar pengangguran sebanyak 3.5% atau 450,000 penganggur, 70% (314,000) digunakan untuk pernah bekerja sebelum menjadi penganggur, yang pada asasnya berpotensi untuk menuntut faedah SIP.

Dalam kegawatan ekonomi tahun 1997/1998, bilangan pekerja tempatan yang diberhentikan adalah 121,222. Manakala 2007/2009, seramai 154,000 pekerja tempatan diberhentikan semasa krisis subprima USA.

Sinonim: Pooling of Resources, Sharing of Risks | cross-subsidise

SIP adalah insurans sosial (norm to cross-subsidise) yang melibatkan konsep Pooling of Resources, Sharing of Risks dengan pendekatan 'defined benefit' yang bertindak sebagai jaringan keselamatan (safety net) yang mementingkan kebajikan pencarum dan tidak mempunyai elemen keuntungan kepada organisasi. Konsep ini juga mempunyai nilai tambah bagi menambah faedah, insentif atau program SIP tanpa perlu meningkatkan kadar caruman.

Sementara itu, insurans komersial adalah berkonsepkan orientasi perniagaan dengan mempertimbangkan keuntungan maksimum kepada pihak konsessi. Insurans komersial kebiasaannya tidak mempunyai kelebihan dari segi skala ekonomi yang besar berbanding dengan insurans sosial.

Sinonim: bilangan pekerja di bawah SIP / semua pekerja sektor swasta tanpa mengira gaji | pekerja aktif PERKESO

SIP merangkumi semua pekerja sektor swasta tanpa mengira gaji. Ia meliputi skop kehilangan kerja yang lebih besar seperti pemberhentian kerja (retrenchment), skim pemisahan sukarela (VSS), force majeure, majikan abscond, muflis, penutupan perniagaan, penyusunan semula perniagaan, redundansi, automasi dan lain-lain. Semua pekerja yang kehilangan pekerjaan dan telah mencarum dengan SIP berhak menuntut faedah daripada SIP.

Berdasarkan andaian liputan yang sama dengan Akta 4 di bawah PERKESO, seramai 6.4 juta pekerja yang akan dilindungi di bawah SIP.

Sinonim: jenis-jenis faedah SIP | EMP | EPB | EBSA | EL | FL | JSA | ERA | RIA | TA | TF

SIP menyediakan perkhidmatan bagi program penempatan semula pekerjaan dan 5 jenis faedah berbentuk bantuan kewangan seperti berikut:

  1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) kepada penganggur dalam tempoh pencarian kerja;
  2. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) kepada penganggur yang telah kembali bekerja awal;
  3. Elaun Pendapatan Berkurang (EPB) bagi pekerja yang mempunyai lebih daripada 1 majikan;
  4. Elaun Latihan (EL) berdasarkan permohonan dan keperluan pekerja; dan
  5. Fi Latihan (FL) kepada penyedia latihan yang dilantik.

Sinonim: perkhidmatan pekerjaan | employment services (ES)

Perkhidmatan pekerjaan yang akan disediakan meliputi kaunseling kerjaya, kaunseling pekerjaan, pencarian kerja (job search), penjodohan kerja (job matching), penempatan pekerjaan (job placement) melalui pendekatan pengurusan kes (personalized case management) dan rujukan latihan (training referral) untuk latihan, latihan semula, upskilling, reskilling dan sebagainya.

Sinonim: Job Search Allowance (JSA)

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) akan dibayar kepada penganggur dalam masa pencarian kerja untuk tempoh 3 hingga 6 bulan. Jumlah EMP bergantung kepada peratusan kadar bulanan menurun 80%, 50%, 40%, 40%, 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD). Dalam masa yang sama, penerima faedah EMP hendaklah mendaftar diri sebagai pencari kerja dan mengikuti program penempatan semula pekerjaan secara aktif. Sewaktu menerima EMP, seseorang penerima faedah juga layak menerima EBSA dan EL mengikut syarat kelayakan.

Sinonim: Early Re-employment Allowance (ERA)

  1. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) akan menggalakkan orang yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan baru dalam tempoh yang singkat. Tanpa faedah ini, mereka yang menganggur tiada inisiatif untuk mencari kerja dengan segera sebaliknya ingin menghabiskan waktu menganggur mereka dan menikmati bayaran EMP sehingga 6 bulan.
  2. Pekerja yang telah kembali bekerja semula biasanya akan menerima gaji pada akhir bulan pertama, dengan itu EBSA merupakan bantuan kewangan sementara sehingga dia menerima gaji bagi bulan tersebut.
  3. EBSA menggalakkan penganggur kembali bekerja secepat mungkin yang secara tidak langsung akan menjimatkan dana dan menggalakkan penganggur lebih produktif serta mengelakkan pengangguran jangka panjang (lebih daripada 6 bulan).

Sinonim: Training Allowance (TA)

  1. Elaun Latihan (EL) akan di bayar kepada pekerja berdasarkan permohonan dan keperluan beliau. EL merupakan 25% daripada gaji yang diinsurankan (GYD). Ianya dibayar secara bulanan dengan kadar minimum RM10 dan maksimum RM20 sehari mengikut bilangan hari latihan yang dihadiri.
  2. Modul dan jenis latihan adalah mengikut pasaran kerja yang ditentukan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau agensi-agensi lain. Pada masa hadapan, latihan keusahawanan juga mungkin menjadi sebahagian daripada latihan vokasional jika ia membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Sinonim: Training Fee (TF)

  1. Fi Latihan (TF) akan dibayar terus kepada penyedia latihan berdasarkan kehadiran OB ke program latihan yang telah dijalankan. Penyedia latihan mestilah berdaftar dengan PERKESO sebagai penyedia latihan yang ditauliahkan untuk memberi latihan kepada OB. Standard dan kualiti penyedia latihan akan dipantau dengan teliti oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sementara itu, modul dan jenis kursus latihan akan ditentukan oleh Kementerian dan mestilah sejajar dengan program pasaran buruh yang aktif.
  2. Pada masa hadapan, latihan keusahawanan juga mungkin menjadi sebahagian daripada latihan vokasional jika ia membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Sinonim: Reduced Income Allowance (RIA)

  1. Elaun Pendapatan Berkurang(EPB) akan dibayar secara sekaligus (lump sum) kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan bagi majikan yang telah menamatkan pekerjaannya tetapi masih bekerja dengan majikan yang lain, memandangkan sumber pendapatannya telah berkurangan.
  2. Kaedah pengiraan EPB adalah sama seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) iaitu dengan peratusan faedah menurun 80%, 50%, 40%, 40% 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).

Sinonim: cara-cara | proses dan prosedur | SOP

  1. Permohonan SIP boleh dibuat atas talian (on-line) dengan mengisi serta melampirkan borang dan perintah/ surat pengesahan termasuk mendaftar diri sebagai pencari kerja.
  2. Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak kelayakan berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman. Kemudian, permohonan tersebut akan disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku.
  3. Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucer dan pemidahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

Senarai pekerja di Portal SIP adalah diambil dari Portal ASSIST yang telah ditapis mengikut takrif liputan SIP iaitu semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.

Sehubungan dengan itu bagi memastiukan pekerja tersenarai di Portal SIP, majikan perlu memastikan:

  1. maklumat pekerja disenarai AUTO REGISTRATION dikemaskini
  2. status pekerja adalah AKTIF
  3. TARIKH LAHIR pekerja dikemaskini
Maklumat ini boleh dikemaskini oleh majikan melalui portal ASSIST sebelum membuat caruman SIP melalui Portal SIP.

Majikan perlu membuat penambahan pekerja di Portal ASSIST walaupun maklumat pekerja telah diwujudkan di iPERKESO.

© Copyright 2017 PERKESO- All Rights Reserved

Employment Insurance System Partners