PROGRAM RETURN TO WORK

Program pengurusan hilangupaya Return To Work PERKESO adalah merupakan Program pengurusan hilangupaya yang dilaksanakan oleh PERKESO dalam membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja lebih awal, sihat dan selamat.

Setiap pencarum PERKESO yang mengikuti Program Return To Work akan melalui proses pemulihan yang sistematik dan berteraskan konsep biosikososial yang merangkumi faktor biofizikal, pisikologikal dan sosial yang perlu ditangani dalam membantu mereka kembali semula bekerja.

Sila layari di sini untuk maklumat lanjut.

Kriteria Untuk Mengikuti Program

Program ini disediakan kepada Orang Berinsurans (OB) yang:

  • Disahkan sebagai bencana pekerjaan dan memerlukanpemulihan atau bantuan carian kerja.
  • Memohon Skim Keilatan, bermotivasi dan memerlukanpemulihan atau bantuan carian kerja.

Objektif Program Return To Work

Program ini dilaksanakan bagi mencapai objektif seperti berikut:

  1. Membantu Orang Berinsuran mengatasi masalah hilangupaya dan kesakitan yang dialami oleh mereka.
  2. Memastikan Orang Berinsuran yang alami hilangupaya/keilatan dapat kembali semula bekerja secepat mungkin.
  3. Memastikan keselamatan mereka terus terpelihara.
  4. Mengurangkan kos pekerja, majikan dan PERKESO dari segi jangka masa panjang melalui pengurusan kes yang baik.

[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 20 October 2020.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved