SKIM BENCANA KERJA PEKERJA ASING

Bermula 1 Januari 2019, semua majikan dikehendaki mendaftar pekerja asing yang diambil bekerja ( kecuali pekhidmat rumah tangga ) untuk perlindungan Skim Bencana Kerja PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ( Akta 4 ). Caruman bagi skim ini ditetapkan pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan dan dibayar setiap bulan oleh majikan. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian iaitu melalui portal ASSIST PERKESO atau dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Pekerja Asing dan dikemukakan ke pejabat PERKESO yang berdekatan.

Pekerja asing yang sedia ada dalam Malaysia dan masih dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) yang sah hendaklah didaftar dengan PERKESO oleh majikan sehari selepas tamat tempoh matang SPPA yang tertakluk kepada tarikh akhir SPPA pada 31 Disember 2019 ( cooling period ). Mulai 1 Januari 2020, semua majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO walaupun pekerja asing tersebut masih diliputi di bawah SPPA.

Pekerja asing yang baru masuk untuk bekerja di Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2019 hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebaik mereka mendapat pengesahan Jabatan Imigresen Malaysia di mana-mana tempat kemasukan ( port of entry ) yang diwartakan.

Syarat Kelayakan

  • Mempunyai pasport dan pas khas untuk pekerja asing baharu

  • Mempunyai pasport dan Pas Lawatan Kerja Sementara ( PLKS ) atau pas kerja yang sah untuk pekerja asing yang sedia ada.

Faedah

FAEDAH PERUBATAN

FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA

FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL

FAEDAH ORANG TANGGUNGAN

FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

ELAUN LAYANAN SENTIASA

KEMUDAHAN PEMULIHAN

KECUALI DIALISIS, VOKASIONAL DAN RETURN TO WORK

Warta Kerajaan Persekutuan


[Disclaimer] - SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 20 October 2020.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved