PENDAFTARAN

Pendaftaran Majikan dan Pekerja
Majikan dan pekerja mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh seorang pekerja diambil bekerja. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) serta Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2) bersama dengan dokumen yang ditetapkan secara dalam talian melalui Portal ASSIST. Jika berlaku perubahan nama / alamat / jenis / status ketuanpunyaan perusahaan atau pekerja, pengemaskinian rekod yang dimaksudkan boleh dilakukakan melalui Portal ASSIST. PERKESO hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk semua urusan dan tidak lagi menggunakan Nombor Keselamatan Sosial.

Untuk menggunakan Portal ASSIST, anda perlu muat-turun Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist di sini  dan diemelkan ke idportalat symbol emel smallperkeso.gov.my borang yang telah dilengkapkan tersebut.

Pemberhentian Sebagai Majikan
Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan, hendaklah melengkapkan Borang 1A dan mengemukakan bersama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari pemberhentian tersebut melalui Portal ASSIST.

  • Rekod Daftar Pekerja:

    Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan rekod daftar pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:

    1.  Nama
    2.  Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
    3.  Pekerjaan
    4.  Butiran Caruman
    5.  Gaji Bulanan
    6.  Elaun-elaun
  • Daftar pekerja dan semua rekod bayaran caruman hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun dari tarikh catatan terakhir.

  • Takrif Gaji:

    Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:

    i. Upah
    ii. Kerja lebih masa
    iii. Komisyen dan caj perkhidmatan
    iv. Cuti sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
    v. Elaun-elaun insentif, shif, makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya


    Semua pembayaran tersebut akan dibayar kepada pekerja sama ada bayaran mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja (piece rated / task rated) adalah dianggap sebagai gaji. Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji:

    i. Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerja
    ii. Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
    iii. Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
    iv. Bonus tahunan

[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 27 July 2021.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved