JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL

  • Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial berperanan memutuskan pertikaian dan tuntutan oleh Pertubuhan, majikan, pekerja dan orang tanggungannya berkaitan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah Seksyen 84 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Seksyen 59 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

  • Pemohon boleh diwakili oleh pengamal undang-undang, pegawai kesatuan sekerja berdaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan bertulis oleh pemohon atau dengan kebenaran Jemaah, oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh alasan tindakan terbit.

  • Sebanyak sebelas (11) Jemaah ditubuhkan di mana sembilan (9) di Semenanjung Malaysia, dan setiap satu di Sabah dan Sarawak. Keanggotaan ahli-ahli Jemaah adalah dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.

  • Semua permohonan rayuan kepada Jemaah hendaklah dikemukakan ke Urus Setia di alamat berikut:-
    Urusetia
    Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial
    Tingkat 11, Menara PERKESO
    281, Jalan Ampang
    50538 Kuala Lumpur.

    Tel : 03-4264 5632/5134/5081/5086/5036/5048
    Faks : 03-4256 3760

Bil. Nama Pegawai Jawatan No. Tel E-mel
1 Jamilah binti A Bakar Pegawai Tadbir 03 - 4264 5050 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Roslan bin Said Pegawai Eksekutif 03 - 4264 5134 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Mohd Farid bin Omar Pegawai Eksekutif 03 - 4264 5086 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Misliah Binti Misman Pegawai Eksekutif 03 - 4264 5036 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5 Safrizal Bin Hisham Shunmugam Pegawai Eksekutif 03 - 4264 5081 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

[Disclaimer] -SOCSO is not responsible for any damage or loss caused by using the information in this website. Screen Resolution: 1024 x 768 | Browser : Mozilla Firefox  and Google Chrome.  Website updated on 20 October 2020.

Copyright 2020 © Social Security Organisation | All rights reserved