Majikan utama dan majikan langsung yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih, bertanggungjawab mendaftar dan membayar caruman mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Majikan utama juga bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman dibayar dengan tepat.
Majikan bertanggungjawab untuk melapor semua kemalangan berkaitan pekerjaan yang menimpa pekerjanya dalam tempoh masa 48 jam daripada kemalangan itu diketahui oleh majikan atau pihak yang bertanggungjawab bagi pihak majikan.