logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 |
E-mel :
perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

soalan lazim


1) S : Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?

J : Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.


2) S : Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?

J : Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.


3) S : Perlukah majikan memaklumkan kepada PERKESO bagi pekerja yang berhenti?

J : Makluman pemberhentian pekerja boleh dibuat melalui Borang 8A(Caruman Bulanan) dengan memasukkan Tarikh Pemberhentian di Kolum 1 dan memasukkan kod 'H' untuk status berhenti di Kolum 2.


4) S :Apakah had umur pekerja untuk mencarum?

J : Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.


5) S : Apakah tindakan boleh dikenakan terhadap majikan yang gagal mendaftar atau gagal mencarum?

J :Bagi majikan yang gagal mendaftar, tindakan kompaun boleh dikenakan. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.


6) S : Bagaimanakah menentukan kadar caruman?

J : Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 45 kategori gaji.


7) S : Di manakah pembayaran caruman boleh dilakukan?

J : Bayaran caruman boleh dilakukan di kaunter pejabat PERKESO, bank-bank yang telah dilantik seperti Maybank, Public Bank, RHB dan Pejabat-pejabat Pos(bagi Sabah & Sarawak).


8) S : Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan?

J : Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu.


9) S : Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan?

J : Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan dalam tempoh 15 hari dalam bulan yang berikutnya caruman itu kena dibayar dan adalah terpakai mulai pembayaran caruman untuk bulan Julai 2015. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.


10) S : Bagaimanakah cara untuk membayar FCLB?

J : FCLB boleh dibayar di Bank RHB dan Public Bank sahaja dengan mengemukakan notis surat FCLB kepada bank untuk dicop tarikh terima dan nyatakan nombor akaun PERKESO untuk pembayaran. Majikan tidak perlu mengisi slip bank. Pembayaran cek bagi setiap satu bulan FCLB hendaklah diasingkan. Bayaran juga boleh dibuat dimana-mana Pejabat PERKESO.


11) S : Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

J : Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 34) dan kemukakan bersama kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.


12) S : Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan? Di manakah boleh perolehi rawatan?

J : Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.


13) S : Dalam keadaan manakah Elaun Layanan Sentiasa dibayar?

J : Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilang upaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan (Berkuatkuasa mulai Januari 2013, kadar elaun tersebut telah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan). Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.


14) S : Apakah nombor ahli PERKESO saya?

J : Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.


15) S : Bagaimanakah cara memaklumkan PERKESO sekiranya majikan menamatkan perusahaan atau tidak menggajikan pekerja itu lagi?

J : Sila kemukakan borang 1A (Borang Pemberhentian Sebagai Majikan) jika majikan menamatkan perusahaan atau tidak menggajikan pekerja lagi.


16) S : Apakah prosedur untuk menukar alamat surat-menyurat majikan?

J : Majikan dikehendaki menghantar surat rasmi untuk memaklumkan mengenai pertukaran alamat surat-menyurat syarikat.

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml