logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri

SKIM BAHARU DI BAWAH PERKESO
Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri adalah untuk pemandu teksi yang bekerja sendiri atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya berkuatkuasa pada 1 Jun 2017. Perlindungan ini disediakan di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Tempoh perlindungan selama 12 bulan mulai dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi cetakan pada resit bayaran caruman.

SKIM BENCANA KERJA PEKERJAAN SENDIRI

PERKESO menyediakan skim perlindungan untuk pemandu teksi atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya di bawah Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Skim ini menyediakan faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

PERKHIDMATAN TEKSI ATAU SEUMPAMANYA DI MALAYSIA
Jenis-jenis perkhidmatan teksi
• Teksi Bajet
• Teksi Eksekutif
• Limosin
• Teksi Lapangan Terbang
• Kereta Sewa
• Perkhidmatan yang seumpamanya (Uber/Grab Car/E-Hailing)

SKOP LIPUTAN DAN PELAKSAAN

  1. Kelayakan Pemandu Teksi atau Perkhidmatan Seumpamanya
    * Warganegara Malaysia/Permastautin Tetap; dan
    * Berdaftar dengan JPJ, SPAD atau LPKP (Sabah dan Sarawak)
    * Lesen memandu yang sah
    * Kad Pemandu Teksi/ Surat Kebenaran yang masih sah laku oleh SPAD/LPKP (Sabah dan Sarawak)


  2. Faedah-faedah yang disediakan
    * Faedah Perubatan
    * Fedah Hilang Upaya Sementara
    * Faedah Hilang Upaya Kekal
    * Elaun Layanan Sentiasa
    * Faedah Orang Tanggungan
    * Faedah Pengurusan Mayat
    * Kemudahan Pinjaman Pendidikan
    * Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program “Return to Work (RTW)”

  3. Cara Pendaftaran
    * Pendaftaran adalah secara online (web based) menggunakan portal iPERKESO
    * Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut;
    a) Mempunyai talian telefon bimbit dan emel yang aktif
    b) Memuat naik lesen memandu yang sah
    c) Memuat naik kad pemandu teksi yang masih sah laku dari SPAD atau memuat naik Surat Izin/Kebenaran dari LPKP(Sabah dan Sarawak)

  4. Bayaran Caruman
    * Pembayaran hanya boleh dibuat secara online melalui perbankan internet bagi perlindungan untuk tempoh setahun
    * Langkah-langkah pembayaran adalah seperti berikut;
    a) Lengkapkan proses pendaftaran iPERKESO
    b) Pilih pembayaran melalui “Financial Process Exchange” (FPX)
    c) Cetak resit sebagai bukti bayaran

JADUAL PILIHAN CARUMAN

Kadar caruman berdasarkan opsyen pilihan pendapatan diinsuranskan sebanyak 1.25% daripada pendapatan sebulan.

Pilihan Pendapatan Diinsurankan Bayaran Caruman Setahun
1 RM1,050 RM157.20
2 RM1,550 RM232.80
3 RM2,950 RM442.80
4 RM3,950 RM592.80

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml