logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 |
E-mel :
perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Pusat Dialisis

Pengenalan

  • Melalui Arahan AKSP Bil.1 Tahun 1999, PERKESO telah menyediakan kemudahan hemodialisis kepada Orang Berinsurans yang berkelayakan yang mengidap penyakit buah pinggang pada peringkat End Stage Renal Failure.

  • Kemudahan rawatan hemodialisis ini adalah sebagai salah satu faedah pemulihan kepada Orang Berinsurans yang diberikan secara percuma di pusat-pusat dialisis panel PERKESO samada di bawah Badan Bukan Kerajaan atau pusat dialisis swasta.

  • Kemudahan ini juga termasuk membiayai Orang Berinsurans yang ingin menjalani rawatan hemodialisis di pusat dialisis bukan panel PERKESO dan Hospital Kerajaan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh PERKESO. Namun begitu, kemudahan dialisis ini telah diperluaskan juga dengan memperkenalkan rawatan dialisis secara Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) sebagai alternatif kepada hemodialisis.

  • PERKESO dari semasa ke semasa telah memperluaskan liputan bantuan dialisis bukan sahaja kepada Orang Berinsurans tetapi bantuan juga dipanjangkan kepada Pusat-Pusat Dialisis Panel melalui pendermaan mesin hemodialisis kepada pusat dialisis berstatus Badan Amal/Bukan Pertubuhan Kerajaan dan juga pertimbangan dalam pemberian geran kepada pusat dialisis yang daif.

Bagi memastikan kemudahan bantuan dialisis ini dapat diurustadbir dengan baik dan teratur, maka Unit Dialisis telah diwujudkan di Cawangan Perubatan dan Pemulihan pada tahun 1998.



Objektif Unit Dialisis

  • Menguruskan perlantikan pusat dialisis
  • Menguruskan permohonan untuk rawatan dialisis
  • Menguruskan bil-bil bayaran rawatan dialisis
  • Menguruskan kebajikan pesakit-pesakit tajaan PERKESO
  • Menguruskan bayaran-bayaran lain berkaitan dialisis
  • Menguruskan pendermaan mesin pada pusat dialisis yang bertaraf NGO atau Badan Amal
  • Menguruskan pemberian Geran Kewangan kepada pusat dialisis yang daif yang memerlukan

Kemudahan Bantuan Dialisis (tertakluk kepada Arahan semasa)

Untuk Orang Berinsurans:

1pl 1pm 1pr

Rawatan Hemodialisis

AV Fistulae

CAPD

  • Rawatan Kaedah Hemodialisis di Pusat Panel PERKESO, Bukan Panel dan Hospital Kerajaan
  • Rawatan Kaedah CAPD
  • Subsidi suntiikan Erythropoietin (EPO)
  • Subsidi pembelian ubat-ubatan Immunosuppressants bagi Orang Berinsurans yang telah menjalani pemindahan buah pinggang
  • Membiayai pembedahan Arteriovenous Fistulae (AV Fistulae)
  • Untuk Pusat Dialisis Panel bertaraf NGO atau Badan Amal (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Pendermaan mesin dialisis (haemodialisis)
  • Pemberian Geran Kewangan



Senarai Pusat Dialisis :

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml