logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 |
E-mel :
perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Pendaftaran Majikan & Pekerja

  • Majikan dan pekerja hendaklah didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh seseorang pekerja diambil bekerja.
  • Permohonan pendaftaran majikan dan pekerja (Borang 1 dan Borang 2) boleh dilaksanakan dalam 2 kaedah seperti berikut:

i. Hadir sendiri ke kaunter PERKESO
Permohonan pendaftaran di kaunter PERKESO boleh dibuat oleh majikan atau wakil majikan. Dokumen sokongan pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau agensi lain yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada petugas kaunter.

Nota : Surat Akuan Majikan perlu dikemukakan sekiranya permohonan pendaftaran dibuat oleh wakil majikan. pdfKlik untuk paparan contoh Surat Akuan Majikan.

ii. Malaysia Corporate Identity (MyCoID)
Majikan yang berdaftar melalui MyCoID dikehendaki mengemukakan permohonan pendaftaran dengan PERKESO sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja yang memenuhi status kelayakan.

  • Majikan dikehendaki mengemukakan dokumen tambahan pendaftaran semasa permohonan pendaftaran mengikut jenis entiti perniagaan seperti senarai dokumen tambahan di panduan Borang 1 (Sila rujuk Senarai Semak dan Borang)
  • Mulai 1 Jun, 2016, semua pekerja yang berkerja di bawah satu kontrak perkhidmatan atau perantisan hendaklah didaftar dan dicarum dengan PERKESO dan kadar caruman maksima adalah berdasarkan gaji RM4,000.00 sebulan. Notis Pilihan tidak lagi terpakai mulai dari tarikh kuatkuasa pindaan ini.
  • Majikan hendaklah memastikan maklumat nombor kad pengenalan yang diisi di dalam Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja) adalah tepat dan sama dengan maklumat nombor yang ada dalam kad pengenalan pekerja. Kesilapan mengisi nombor yang berkenaan akan menyebabkan pekerja tidak dapat didaftarkan dan dibayar caruman sekiranya nombor berkenaan tidak ada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Pendaftaran Pekerja Tambahan
    a. Pendaftaran pekerja tambahan boleh dibuat di kaunter PERKESO berdekatan.
    b. Majikan dikehendaki mendaftarkan pekerja tambahan melalui Borang 2.
    c. Majikan yang mendaftarkan pekerja baru melalui Borang 8A juga dikehendaki mengambil tindakan pendaftaran seperti di para b.

    Nota: Majikan perlu mengisi Borang 2 bagi pekerja baru walaupun pekerja berkenaan pernah mencarum dengan PERKESO. Pendaftaran pekerja baru boleh dibuat melalui Borang 8A dan majikan dikehendaki mengisi maklumat tambahan lain melalui Borang 2 di kaunter PERKESO.




Penyimpanan Rekod Majikan dan Pekerja

  • Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan daftar pekerja yang mengandungi butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:

    i. Nama
    ii. Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
    iii. Pekerjaan
    iv. Jumlah caruman di bawah Akta bagi bulan itu
    v. Jenis caruman pekerja
    vi. Gaji bulanan
    vii. Elaun dan lain-lain
  • Majikan boleh menyelenggara dan menyimpan suatu daftar yang hampir serupa secara manual ataupun elektronik.


    Nota: i. Mulai 1 Januari 2004, PERKESO hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan untuk semua urusan dan tidak lagi menggunakan Nombor Keselamatan Sosial.
    ii. Semua majikan hendaklah menyimpan rekod majikan dan pekerja termasuk semua rekod bayaran caruman selama 7 tahun dari tarikh catatan terakhir dalamnya.



Pemberhentian Sebagai Majikan

  • Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan hendaklah memaklumkan kepada PERKESO dengan mengemukakan Borang 1A bersama-sama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari daripada pemberhentian tersebut.



Takrif Gaji

  • Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja di anggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Antara pembayaran-pembayaran berkenaan seperti berikut:
i. Gaji pokok
ii. Kerja lebih masa
iii. Komisen
iv. Bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
v. Elaun-elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya
vi. Caj perkhidmatan

Contoh :
Gaji Pokok = RM1,000.00
Elaun kerja lebih masa = RM 250.00
Elaun sara hidup = RM 100.00
Jumlah gaji = RM1,350.00

Caruman yang perlu dibayar kepada PERKESO adalah sebanyak RM30.40 (Rujuk Jadual Kadar Caruman)

  • Pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji:
i. Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan
ii. Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
iii. Pembayaran ganjaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
iv. Bonus tahunan

Nota: Senarai di atas adalah tidak terhad. Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000
Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml