logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 |
E-mel :
perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Pembayaran Caruman

Caruman boleh dibayar melalui tiga kaedah iaitu:

A. Pembayaran melalui agen pungutan

Bagi majikan yang mengemukakan pembayaran menggunakan Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) bercetak, agen pungutan yang dilantik oleh PERKESO adalah:

  • Maybank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Pos Malaysia (bagi Sabah & Sarawak sahaja)

Nota : Cetakan slip pengesahan bayaran adalah bukti caruman telah dijelaskan oleh majikan. Majikan adalah dinasihatkan supaya membuat salinan dan menyimpan Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) / Disket / CD untuk tujuan rekod.


Bagi Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) bercetak, tindakan-tindakan berikut hendaklah diambil perhatian:

i. Catatkan jumlah caruman yang kena di bayar bagi pekerja itu di ruangan (6)
ii.

Jika tiada caruman sebab cuti tanpa gaji,masukkan angka 00.00 di ruangan (6)

iii. Tandakan X di ruangan (2) jika pekerja telah berhenti kerja dan masukkan tarikh berhenti kerja di ruangan (3)
iv. Isikan tarikh mula kerja untuk pekerja yang tidak tersenarai sahaja di ruangan (3). Pendaftaran pekerja sedemikian hendaklah juga dibuat dalam Borang 2
v. Apabila semua caruman telah dicatat dan disemak untuk ketepatan, jumlah itu hendaklah dicampurkan dan jumlah pada tiap-tiap muka itu dibawa ke hadapan (jika ada) dan jumlah besar dicatatkan di muka yang terakhir. Tandakan (/) sama ada bayaran tunai atau cek di kotak yang telah disediakan dan amaunnya di ruangan yang disediakan bagi maksud itu.
vi. Jika bayaran dengan cek, nombor cek itu hendaklah dicatatkan di ruangan yang telah disediakan bagi maksud itu dan Nombor Kod Majikan dan bulan caruman hendaklah juga dicatatkan di belakang cek itu. Cek hendaklah atas nama Kumpulan Wang Keselamatan Sosial. Sila pastikan jumlah cek itu adalah sama dengan jumlah besar dalam Jadual Caruman Bulanan (Borang8A) itu.
vii. Isikan semua butir yang berkenaan seperti Nama Majikan, No. Kod Majikan, Bulan dan Tahun Caruman dan No. Akaun Bank (PERKESO) dalam slip bayaran caruman PERKESO yang mana boleh diperolehi di bank itu.
viii. Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) yang telah disempurnakan itu hendaklah dikemukakan kepada bank yang diluluskan bersama-sama dengan slip bayaran caruman PERKESO yang telah disempurnakan itu untuk tujuan pembayaran.
ix. Slip bayaran itu adalah dalam tiga salinan iaitu salinan bank, PERKESO dan majikan. Pihak bank akan mengesahkan terimaan bayaran dan memulangkan salinan majikan. Majikan hendaklah menyimpan salinan itu dan dikemukakan apabila diminta oleh Pegawai Pemeriksa. Sekiranya terdapat caruman terkurang bayar bagi sesuatu bulan itu, caruman yang terkurang itu hendaklah dibayar melalui bank-bank yang diluluskan mengikut cara yang dinyatakan di atas dengan menggunakan Jadual Caruman Terkurang Bayar (Borang 8B) yang mana boleh diperolehi di pejabat PERKESO atau muatturun borang di laman Portal PERKESO. Majikan hendaklah mengisi semua butir yang berkenaan dalam borang itu seperti nama dan alamat majikan, nombor kod majikan dan bulan caruman.


B. Pembayaran melalui Perbankan Internet

Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank berkenaan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi bank-bank berikut:-

i. Maybank Berhad
(MayBank2e.net, 03-78443696,1 300 88 6688)
ii. CIMB Bank Berhad
(Biz Channel, 03-22956 100,1 300 880 900)
iii. RHB Bank Berhad
(eHR2, 03-9206 8228)
iv. Public Bank Berhad
(PBeBank.com, 03-2179 5000, 1-800-22-5555)
v. Citibank
(CitiConnect ,03- 2383 0000 (KL),04-296 0000 (Penang),07-268 0000 (JB),09-509 0000 (Kuantan),06-852 0000 (Melaka),
1800-82-1010 (Sabah & Sarawak)
vi. Ambank (E-Ambiz, 1300 80 8888)
vii. Alliance Bank
(Alliance Online Business, 03-5516 9988, 1-800-88-0880)
viii. Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank
(Hong Leong Connect BIZ, 03-76617777)
ix HSBC
(HSBC net, 1300 88 0181)
x. Affin Islamic Bank
(affinOnline.com, 1 800883883)
xi. Bank Islam Malaysia Berhad
(e-Banker, 03-27821315/1314/1319)


Nota: Nombor telefon tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh pihak bank.


C. Pembayaran di pejabat PERKESO

i. Pejabat PERKESO hanya menerima pembayaran melalui cek, kiriman wang, wang pos atau deraf bank sahaja. Bayaran secara tunai adalah tidak dibenarkan
ii. Pembayaran hendaklah dibuat menggunakan 1 keping cek sahaja bagi setiap Borang 8A / Lampiran A beserta CD atau disket / PKS(F)47 / Notis FCLB / Notis Kompaun.
iii. Bayaran caruman / tunggakan caruman / FCLB / kompaun TIDAK boleh disatukan antara satu sama lain di dalam satu cek / kiriman wang / wang pos atau deraf bank.
iv. Majikan hendaklah memastikan butir-butir pada cek, kiriman wang, wang pos atau deraf bank adalah lengkap dan mematuhi perkara-perkara berikut :
a) Bertarikh semasa atau masih dalam tempoh sah laku;
b) Dibayar atas nama Ketua Eksekutif PERKESO/ Ketua Pengarah PERKESO / PERKESO / SOCSO / Kumpulan Wang Keselamatan Sosial;
c) Telah ditandatangan;
d) Jumlah bayaran dalam angka bersamaan dengan jumlah dalam perkataannya;
e) Jumlah amaun pada cek, kiriman wang, wang pos atau deraf bank hendaklah sama dengan jumlah amaun pada Borang 8A / Lampiran A beserta CD atau disket / PKS(F)47 / Notis FCLB / Notis Kompaun;
f) Tiada sebarang pindaan; dan
g) Nama, kod majikan, no. telefon dan bulan caruman / bulan carum notis / no. rujukan Notis Tawaran Mengkompaun hendaklah dicatatkan di belakang cek, kiriman wang, wang pos atau deraf bank.
v. Sila kemukakan Borang 8A / Lampiran A beserta CD atau disket / PKS(F)47 / Notis FCLB / Notis Kompaun bersama-sama medium bayaran. Sila rujuk panduan melengkapkan Borang 8A / CD / Disket yang diberikan.
vi. Pastikan resit rasmi PERKESO diterima sebaik sahaja membuat pembayaran di kaunter.
vii. Majikan hendaklah menyimpan resit rasmi dan salinan Borang 8A / Lampiran A beserta senarai pekerja yang dicarumkan / PKS(F)47 / Notis FCLB / Notis Kompaun sebagai pengesahan bayaran telah dilakukan dan untuk semakan Pegawai PERKESO sekiranya lawatan ke pejabat majikan dibuat.

Bagi majikan yang mengemukakan rekod caruman melalui disket/CD, pembayaran boleh dibuat di mana-mana pejabat PERKESO:

  • Majikan digalakkan menghantar Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) melalui disket atau CD. Bagi tujuan ini, majikan boleh berhubung dengan pejabat PERKESO berhampiran atau layari laman portal www.perkeso.gov.my.
  • Majikan digalakkan menggunakan kaedah ini kerana:
i. Penghantaran Jadual Caruman Bulanan dalam bentuk disket/CD dan bayaran caruman bulanan boleh dibuat melalui mana-mana pejabat PERKESO di seluruh negara.
ii. Pemprosesan caruman bulanan dapat dipercepatkan dan masalah kemasukan data dapat dikurangkan.



Tempoh Membayar Caruman
Caruman yang kena dibayar bagi sesuatu bulan itu hendaklah dibayar dalam tempoh 15 hari dalam bulan yang berikutnya caruman itu kena dibayar dan adalah terpakai mulai pembayaran caruman untuk bulan Julai 2015



FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR (FCLB)

1. Secara umumnya terdapat 3 jenis notis FCLB yang diterima oleh majikan iaitu :
  1. Notis jenis ‘simplex’ – notis yang mengandungi 1 hingga 4 rekod bulan carum dalam 1 notis;
  2. Notis jenis ‘duplex’ – notis yang mengandungi lebih daripada 4 bulan carum dalam 1 notis; dan
  3. Notis / surat peringatan FCLB
2. Ketiga-tiga jenis notis ini boleh dibayar di Pejabat PERKESO dan hanya notis ‘simplex’ yang mengandungi 1 bulan carum sahaja boleh dibayar di kaunter bank.
3. Bagi pembayaran FCLB di kaunter PERKESO, sila rujuk panduan bagi pembayaran caruman di Kaunter PERKESO.
4. Pembayaran hanya dibuat di bank yang dilantik seperti berikut :
  1. Public Bank Berhad; atau
  2. RHB Bank Berhad
5. Bayaran di bank yang dilantik boleh dibuat secara cek atau tunai.
6. Majikan hendaklah mengisi slip bayaran FCLB yang disediakan di bank yang dilantik dengan melengkapkan maklumat berikut :
  1. No. Kod majikan
  2. Nama majikan
  3. Notis FCLB
  4. Amaun bayaran
  5. Maklumat cek
7. Catitkan nama dan No. kod majikan, no. telefon dan Notis FCLB di belakang cek bayaran.
8. Pembayaran FCLB hendaklah dibuat dengan mengemukakan bersama-sama slip bayaran FCLB dan salinan notis FCLB.
9. Pastikan pengesahan penerimaan dibuat oleh pihak bank pada slip bayaran FCLB samada melalui cetakan komputer atau cop terima.
10. Pastikan majikan mendapat 1 salinan slip bayaran FCLB sebaik sahaja membuat pembayaran di bank yang dilantik.
11. Majikan hendaklah menyimpan salinan slip bayaran bank bersama-sama Notis FCLB sebagai pengesahan bayaran telah dilakukan dan untuk semakan Pegawai PERKESO sekiranya lawatan ke pejabat majikan dibuat.
Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml