logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 |
E-mel :
perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Faedah Skim Keilatan

1) PENCEN ILAT [ + ]

  • KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.


2) BANTUAN ILAT [ + ]

  • Bantuan Ilat diberikan kepada orang berinsurans yang mengidap keilatan tetapi tidak layak menerima Pencen Ilat kerana tidak memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman.


3) ELAUN LAYANAN SENTIASA [ + ]

  • Elaun ini dibayar kepada pekerja yang disahkan mengidap keilatan dan tidak berdaya hingga sentiasa memerlukan layanan seseorang lain


4) PENCEN PENAKAT [ + ]

  • Pencen ini dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila orang berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.


5) FAEDAH PENGURUSAN MAYAT [ + ]

  • Faedah Pengurusan Mayat dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans meninggal dunia akibat daripada sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.


6) KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI ATAU VOKASIONAL DAN DIALISIS [ + ]

  • Kemudahan ini disediakan secara percuma oleh PERKESO kepada orang berinsurans yang mengidap keilatan.

7) PROGRAM 'RETURN TO WORK' [ + ]

  • Program Return To Work (RTW) telah diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari 2007. Program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilangupaya akibat kecederaan atau penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seterusnya kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat.


8) FAEDAH PENDIDIKAN [ + ]

  • Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan penerima Faedah Berkala PERKESO dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml