logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 |
E-mel :
perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

Faedah Skim Bencana Pekerjaan

1) FAEDAH PERUBATAN [ + ]

  • Pekerja yang ditimpa bencana pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan. Rawatan hendaklah diteruskan sehingga pulih sepenuhnya.


2) FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA [ + ]

  • Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan. Walau bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.


3) FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL [ + ]

  • Hilang Upaya Kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang pekerja untuk menjalankan pekerjaannya. Pekerja boleh membuat tuntutan ini selepas tarikh terakhir hilang upaya sementara.


4) ELAUN LAYANAN SENTIASA [ + ]

  • Elaun yang diberikan kepada orang berinsurans yang tidak berdaya dengan teruknya sehingga memerlukan layanan tersendiri oleh orang lain.


5) KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI ATAU VOKASIONAL [ + ]

  • Kemudahan ini diberikan secara percuma kepada pekerja yang mengalami hilang upaya yang kekal dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh PERKESO mengikut kadar dan syarat-syarat yang ditentukan:

6) PROGRAM 'RETURN TO WORK' [ + ]

  • Program Return To Work (RTW) telah diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari 2007. Program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilangupaya akibat kecederaan atau penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seterusnya kembali semula ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat.


7) FAEDAH ORANG TANGGUNGAN [ + ]

  • Faedah Orang Tanggungan dibayar secara berkala kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans meninggal dunia akibat bencana kerja.


8) FAEDAH PENGURUSAN MAYAT [ + ]

  • Faedah Pengurusan Mayat dibayar kepada orang tangungan yang layak sekiranya pekerja meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan atau semasa menerima faedah hilang upaya.


9) FAEDAH PENDIDIKAN [ + ]

  • Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan penerima Faedah Berkala PERKESO dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml