logo official upgrade7

Laman Web Rasmi

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

"Sikap Terbuka Layanan Mesra"

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000 | Faksimili : 03 - 4256 7798 | E-mel : perkeso@perkeso.gov.my

Saiz Teks

KENYATAAN AKHBAR LANJUTAN TEMPOH SAH PENGGUNAAN BAUCAR PROGRAM SARINGAN KESIHATAN

Nilaikan butir ini
(1 Undi)

logo perkeso

KENYATAAN AKHBAR

LANJUTAN TEMPOH SAH PENGGUNAAN BAUCAR PROGRAM SARINGAN KESIHATAN

Program Saringan Kesihatan PERKESO merupakan salah satu kemudahan yang disediakan bagi pencarum PERKESO. Melalui program ini, PERKESO menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pencarum PERKESO yang berumur 40 tahun ke atas. Program ini diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran golongan pekerja berkenaan kesihatan mereka dengan menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah pengesanan awal penyakit tidak berjangkit seperti kegemukan, kencing manis, darah tinggi, kadar kolesterol dalam darah, penyakit buah pinggang dan penyakit kanser. Dengan mengetahui keadaan kesihatan mereka, golongan pekerja akan dapat mengambil langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan mereka.

Sehingga tahun 2016, seramai 2.4 juta pencarum PERKESO layak menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma melalui program ini. Di penghujung tahun ini, PERKESO mendapati masih terdapat sejumlah besar lagi pencarum di luar sana yang telah menerima baucar tetapi masih belum memanfaatkan kemudahan ini. Justeru, PERKESO menyeru kepada semua pencarum yang telah menerima baucar saringan kesihatan untuk mengambil langkah positif hari ini untuk terus kekal sihat, dengan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagi memberikan lebih peluang kepada pencarum agar dapat memanfaatkan kemudahan saringan kesihatan ini, PERKESO akan melanjutkan tempoh sah penggunaan baucar saringan kesihatan yang telah diedarkan sejak tahun 2013 hingga tahun 2016. Justeru, semua pencarum yang masih belum berkesempatan menjalani saringan kesihatan boleh menggunakan baucar tersebut pada tahun 2017. Keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkan faedah yang bakal diperolehi oleh ribuan lagi pencarum yang belum menjalani saringan kesihatan, dan juga hasrat kerajaan melalui PERKESO untuk menyediakan kemudahan pencegahan awal penyakit tidak berjangkit bagi golongan pekerja.

Oleh itu, semua pencarum dinasihatkan untuk menggunakan peluang ini dengan merancang waktu yang bersesuaian untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secepat mungkin. Sehingga kini, PERKESO telah menyediakan lebih 3,400 klinik dan 120 pusat mammogram panel di seluruh negara bagi pencarum menjalani saringan kesihatan. Senarai klinik boleh disemak di sihat.perkeso.gov.my.

Pencarum boleh menyemak kelayakan mereka bagi program ini melalui My HSP Status di sihat.perkeso.gov.my dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan. Sekiranya pencarum masih belum menerima baucar atau telah kehilangan baucar, sila hubungi Hotline HSP di talian (03) 4264 5089, (03) 4252 1258 /4475/4476 atau emelkan kepada hsp@perkeso.gov.my. PERKESO berharap agar lebih ramai lagi penerima baucar saringan kesihatan PERKESO untuk mengambil peluang menjalani saringan kesihatan ini.

PEJABAT KETUA EKSEKUTIF

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

8 DISEMBER 2016

Untuk semakan kelayakan, sila klik pada portal SeHAT [ klik di sini ]

SOCSO

Warna tema & font
Warna bingkai
Imej latarbelakang
Warna aksen
Memohon
follow1

api.qrserver.comHakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara mscloneml