Piagam Pelanggan
![]() |
- Membayar Faedah Hilang Upaya Sementara kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 5 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
- Membayar Faedah Hilang Upaya Kekal kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
- Membayar Faedah Orang Tanggungan kepada orang tanggungan dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
- Membayar Faedah Pencen Ilat kepada pekerja yang layak dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
- Membayar Faedah Pencen Penakat kepada orang tanggungan dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
- Membayar Faedah Pengurusan Mayat kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 3 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima;
- Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan PERKESO dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima; dan
- Mengeluarkan surat akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima.