Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Perutusan Ketua Eksekutif

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PERKESO

 Dato KE 28 APR

 

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari Laman Web Rasmi PERKESO. Laman web ini adalah salah satu wadah untuk PERKESO mendekatkan diri dengan golongan pekerja, majikan, lain-lain pihak bekepentingan dan juga orang ramai.


Sejak mula beroperasi pada tahun 1971, PERKESO bukan sahaja telah menambahbaik faedah-faedah di bawah pelbagai skim tetapi turut melaksanakan pelbagai perubahan selaras dengan visi untuk menjadi penyedia keselamatan sosial yang dinamik, unggul dan cemerlang.


PERKESO telah melaksanakan banyak transformasi dalam pelbagai segi antaranya dengan penubuhan Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Skuad PERKESO Prihatin serta revolusi ICT dalam perkhidmatan kepada pelanggan dan juga perluasan perlindungan keselamatan sosial yang kini merangkumi mereka yang bekerja sendiri, pekerja yang kehilangan pekerjaan dan pekerja asing. Kini, PERKESO mengorak langkah untuk menjadi agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan pencarian pekerjaan (public employment services provider) yang terulung di Malaysia.

PERKESO tidak akan berhenti di situ sahaja, malah kami akan sentiasa menambah nilai perkhidmatan, skim, program dan pengurusan dari semasa ke semasa. Kami akan terus meluaskan jaringan keselamatan sosial dengan lebih jauh supaya banyak lagi golongan yang berisiko di negara ini dapat dilindungi.


Pelbagai informasi dan maklumat berkaitan PERKESO dipaparkan di laman web rasmi ini termasuk profil korporat, perkhidmatan dan kemudahan seperti faedah-faedah di bawah pelbagai skim PERKESO, borang-borang pendaftaran dan caruman, tuntutan faedah dan lain-lain maklumat.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar laman web rasmi ini dapat memberi panduan yang berguna kepada semua pengunjung dari dalam dan luar negara bagi memperolehi maklumat yang diperlukan dengan segera dan efisyen. Kami akan sentiasa memastikan laman web ini mengandungi maklumat terkini dan relevan yang dapat memenuhi keperluan dalam dunia yang pantas bergerak di era digital ini demi melangkaui ekspektasi pelanggan.

Sekian, terima kasih.

 

Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato’ Aziz Mohammed

Ketua Eksekutif PERKESO

 

 

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 18 Julai 2019.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl