Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Soalan Lazim

Sila klik pada setiap soalan untuk mendapatkan jawapan

1)S : Siapakah yang dikategorikan sebagai pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969?

J : Pekerja yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta.

2)S : Adakah pekerja sementara/pekerja tidak tetap wajib dilindungi oleh PERKESO?

J : Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO.

3)S : Bagaimanakah majikan boleh memaklumkan kepada PERKESO mengenai pekerja yang telah berhenti kerja?

J : Makluman pemberhentian pekerja boleh dibuat melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan ringkas untuk pengemaskinian maklumat tersebut :

1.  Klik pada My Sites dan pilih REGISTRATION. 
2.  Kemudian, pilih dan klik UPDATE, pilih Update Add Employee Resigned Date
3.  Klik pada ikon Action 
4.  Sekiranya melibatkan semua pekerja yang berhenti pada tarikh yang sama 
 

a. Klik All

b. Update Employee Resign Date

Atau
  Sekiranya masih lagi terdapat pekerja lain yang masih aktif
 

a. Klik Specific

b. Update Employee Resign Date

c. Dalam kotak Please Select, pilih maklumat pekerja berdasarkan Kad Pengenalan / Nama Pekerja / Social Security No (SSN)

d. Klik butang Action

5. Klik Save & Continue
6. Muat naik dokumen sokongan (Surat pemberhentian pekerja)
7. Klik Save & Continue
8. Klik Submit
9. Proceed for Submission? Klik Confirm
10.  Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan)
11. Klik OK

 

4)S : Apakah had umur pekerja untuk mencarum?

J : Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

5)S : Apakah tindakan boleh dikenakan terhadap majikan yang gagal mendaftar atau gagal mencarum?

J :Bagi majikan yang gagal mendaftar, tindakan kompaun boleh dikenakan. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.

6)S : Bagaimanakah menentukan kadar caruman?

J : Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori 

7)S : Di manakah pembayaran caruman boleh dilakukan?

J : Pembayaran Caruman PERKESO boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :

1. Portal ASSIST PERKESO (Bayaran secara FPX)
2. Pembayaran di kaunter (Majikan perlu membawa cetakan ACR semasa hadir di kaunter)
  a. Pejabat PERKESO
    i.   Pembayaran dalam bentuk cek, kiriman wang dan wang pos sahaja
 

b. Panel Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut

    i.   Maybank

    ii.  RHB Bank

    iii. Public Bank (Mulai 1 Mac 2018)

3. Perbankan Internet
4. Portal iPERKESO - Layari www.perkeso.gov.my dan klik pada ikon iPERKESO

8)S : Bagaimanakah perkiraan caruman PERKESO dibuat sekiranya pekerja berhenti pada pertengahan bulan?

J : Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman berdasarkan kepada jumlah gaji pekerja yang dibayar kepada pekerja untuk bulan itu.

9)S : Kenapakah Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) dikenakan kepada majikan?

J : Majikan adalah berliabiliti untuk membayar caruman bulanan dalam tempoh 15 hari dalam bulan yang berikutnya caruman itu kena dibayar dan adalah terpakai mulai pembayaran caruman untuk bulan Julai 2015. Contohnya caruman bulan Januari hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Februari. FCLB dikenakan kerana lewat membayar caruman dan kadarnya ialah sebanyak 6 peratus setahun bagi setiap satu hari caruman lambat dibayar. Sekiranya, faedah dikira adalah kurang dari RM5, faedah sebanyak RM5 sebulan adalah dikenakan.

10)S : Bagaimanakah pembayaran FCLB boleh dilakukan?

J :Pembayaran FCLB boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :

1.  Portal ASSIST PERKESO ( Bayaran secara FPX ) 
2. Pembayaran di kaunter (Majikan perlu membawa cetakan Notis FCLB semasa hadir di kaunter) 
  a. Pejabat PERKESO 
    i.  Pembayaran dalam bentuk cek, kiriman wang dan wang pos sahaja.
  b. Panel Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut

    i.  RHB Bank

    ii. Public Bank (Mulai 1 Mac 2018)

11)S : Bagaimanakah melaporkan kemalangan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

J : Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 34) dan kemukakan bersama kad perakam waktu atau rekod kedatangan, sijil cuti sakit dan salinan kad pengenalan kepada Pejabat PERKESO berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja. Jikalau kemalangan berlaku semasa ke tempat kerja atau balik kerja, perlu disertakan laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan yang dilalui pekerja semasa kemalangan.

12)S : Adakah PERKESO tanggung kos rawatan perubatan? Di manakah boleh perolehi rawatan?

J : Seseorang pekerja yang ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.

13)S : Dalam keadaan manakah Elaun Layanan Sentiasa dibayar?

J : Kadar elaun ialah 40% daripada kadar faedah hilang upaya langsung yang kekal tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan (Berkuatkuasa mulai Januari 2013, kadar elaun tersebut telah ditetapkan sebanyak RM500 sebulan). Bayaran dibuat terus kepada penerima faedah.

14)S : Apakah nombor ahli PERKESO saya?

J : Nombor ahli PERKESO anda adalah nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

15)S : Bagaimanakah cara memaklumkan PERKESO sekiranya majikan menamatkan perusahaan atau tidak menggajikan pekerja?

J : Makluman pemberhentian majikan boleh dibuat melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan ringkas untuk pengemaskinian maklumat tersebut :

1. Klik pada My Sites dan pilih REGISTRATION.
2. Kemudian, pilih dan klik UPDATE, pilih Form 1A- Cessation As Employer (Discontinue Business )
3. Klik pada ikon Action
4. Kemaskini tarikh status pada Employer Status Request Change Date dan pilih status di Change Employer Status To
 

 a. Dormant

 b. Winding-Up

 c. Cancel

5. Klik Save & Continue
6. Muat naik dokumen sokongan (Surat penamatan perniagaan)
7. Klik Save & Continue
8. Klik Submit
9. Proceed for Submission? Klik Confirm
10.  Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan)
11. Klik OK

16)S :Apakah prosedur untuk menukar alamat surat-menyurat majikan?

J : Majikan boleh mengemaskini alamat surat menyurat syarikat melalui Portal ASSIST. Berikut adalah panduan pengemaskinian maklumat tersebut :

1. Klik pada My Sites dan pilih REGISTRATION
2. Kemudian, pilih dan klik Menu UPDATE, pilih Update Employer Information
3. Klik pada ikon Action
4. Kemaskini alamat majikan yang terkini dan maklumat yang berkaitan
5. Klik Save & Continue
6. Muat naik dokumen sokongan (Surat Rasmi majikan)
7. Klik Save & Continue
8. Klik Submit
9. Proceed for Submission? Klik Confirm
10.  Nombor Request Case Update dijana (Sila simpan nombor tersebut untuk rujukan)
11. Klik OK

a

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 16 Ogos 2018.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl