Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri

SPS IMEJ PROFIL

 

SKIM DI BAWAH PERKESO

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas pemandu teksi dan e-hailing (perkhidmatan pengangkutan penumpang) di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Akta ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Perlindungan bagi tempoh bulanan dan tahunan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

 

SKIM BENCANA KERJA PEKERJAAN SENDIRI

PERKESO menyediakan skim perlindungan untuk pemandu teksi atau individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya di bawah Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Skim ini menyediakan faedah tunai kepada pemandu teksi dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

 

PERKHIDMATAN TEKSI ATAU SEUMPAMANYA DI MALAYSIA
Jenis-jenis perkhidmatan teksi

  • Semua jenis perkhidmatan teksi/ kereta sewa seperti Teksi Bajet, Teksi Eksekutif, Limosin, Teksi Lapangan Terbang dan lain-lain.
  • Semua jenis perkhidmatan e-hailing.

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur; dan
  • Mempunyai lesen memandu (JPJ) yang sah; dan
  • Mempunyai kad pemandu atau surat kebenaran dari LPKP (Sabah dan Sarawak) yang masih sah laku; atau
  • Berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Lesen Memandu; dan
  • Kad PSV atau Kad Pemandu / Surat kebenaran dari LPKP (Sabah dan Sarawak) yang masih sah laku; atau
  • Dokumen / maklumat bukti berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing seperti Profil Pemandu

 

PEMBAYARAN CARUMAN

  • Pembayaran caruman boleh dibuat secara bulanan dan tahunan.
  • Kaedah pembayaran secara tunai di semua Pejabat PERKESO seluruh Negara atau dalam talian (online) melalui perbankan internet di www.iperkeso.my.
  • Langkah-langkah pembayaran secara dalam talian (online) adalah seperti berikut;
    a) Layari www.iperkeso.my.
        > Pilih “Bantuan’’
        > Pilih “Bekerja Sendiri – Panduan Ringkas” (Penerangan lengkap tentang pendaftaran dan pembayaran caruman)
    b) Daftar akaun iPERKESO.
    c) Lakukan pengesahan melalui emel. 
    d) Lengkapkan butiran peribadi dan muat naik dokumen diperlukan.
    e) Pilih pembayaran melalui ‘’Financial Process Exchange’’. 
    f) Muat turun resit.

 

JADUAL PILIHAN CARUMAN

Kadar caruman berdasarkan pilihan pendapatan bulanan diinsuranskans seperti di bawah:

Pelan Pendapatan Diinsurankan Bayaran Caruman Bulanan Bayaran Caruman Setahun
1 RM1,050 RM13.10 RM157.20
2 RM1,550 RM19.40 RM232.80
3 RM2,950 RM36.90 RM442.80
4 RM3,950 RM49.40 RM592.80

 

FAEDAH-FAEDAH YANG DISEDIAKAN

  • Faedah Perubatan
  • Fedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pinjaman Pendidikan
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani, Vokasional dan Program “Return to Work (RTW)”

    Untuk maklumat lengkap berkaitan faedah-faedah, sila muat turun brosur berikut.

pdfBrosur Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri

 

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 15 Februari 2019.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl