Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Penguatkuasaan

 

DWI Urine Tests U S Supreme Court Requires Search Warrant

 

 

1.   Pemeriksaaan

  • Tujuan utama pemeriksaan diadakan adalah untuk memastikan pematuhan majikan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Di bawah peruntukkan Seksyen 12, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, pegawai pemeriksa yang dilantik hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Aktiviti pemeriksaan ini dijalankan ke atas majikan dan ia dilaksanakan di seluruh Malaysia.

 

Objektif

  • Memastikan majikan mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 & Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971
  • Memastikan semua rekod berkaitan disenggara dengan baik
  • Mengemaskini maklumat-maklumat majikan
  • Mengutip tunggakan caruman dan kekurangan caruman
  • Mengutip Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB)
  • Menyiasat aduan yang diterima
  • Memberi penerangan kepada majikan
  • Membantu majikan yang menghadapi masalah berkaitan caruman atau faedah

 

2.   Kompaun

  • Kompaun merupakan peruntukkan di bawah Seksyen 95A, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, di mana Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh beliau boleh menawarkan kompaun kepada mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan yang boleh dikompaun seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006. Peraturan –Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006 telah diwartakan dan mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2006.

 

  • Kesalahan yang boleh dikompaun
    Di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial (Pengkompaunan Kesalahan) 2006, jenis-jenis kesalahan yang boleh dikompaun hanyalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 94(e) dan (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Ianya merupakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan kewangan atau caruman majikan kepada PERKESO. Berikut adalah jenis-jenis kesalahan yang boleh dikompaun:
       i.    Lewat Daftar Perusahaan
       ii.   Lewat Daftar Pekerja
       iii.  Tidak Menyediakan/Menyimpan Daftar Pekerja
       iv.  Lewat Melaporkan Kemalangan Dalam Tempoh Yang Ditetapkan
       v.   Tidak Menyediakan Jadual Pembayaran Caruman

  • Cara mengkompaun

Notis kompaun akan dikeluarkan setelah PERKESO menerima maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan.

Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari, sekiranya pembayaran penuh jumlah yang ditawarkan itu telah dibuat pada atau sebelum tempoh empat belas hari itu, tiada tindakan selanjutnya akan diambil.

Namun, jika tiada bayaran kompaun yang diterima selepas tempoh empat belas hari itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah maka, tindakan pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.

  • Pembayaran kompaun
    • Apabila suatu tawaran untuk mengkompaun mana-mana kesalahan telah dibuat dan diterima, pembayaran boleh dibuat melalui kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang atau deraf bank yang kena dibayar kepada ‘Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial’ di alamat yang dinyatakan di dalam Notis Tawaran Untuk Mengkompaun
    • Setiap pembayaran yang diterima akan dikemukakan dengan suatu resit rasmi.
    • Amaun kompaun yang boleh dikenakan hendaklah tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu. Jumlah maksimum kompaun yang boleh dikenakan ialah RM 5,000 atau apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Pertubuhan

Jenis-jenis Kesalahan dan Kadar Kompaun 

Bil

Peruntukan

Perundangan

Jenis

Kesalahan

Kriteria

Kesalahan

Amaun

Kompaun

1 Seksyen 4 Lewat Daftar Perusahaan Tempoh Kelewatan Mendaftar; 
Melebihi 30 hari TETAPI kurang dari 1 tahun RM500
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 2 tahun RM1500
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun RM2000
Melebihi 5 tahun RM4000
2 Seksyen 5  Lewat Daftar Pekerja Tempoh Kelewatan Mendaftar; 
Melebihi 30 hari TETAPI kurang dari 1 tahun RM500
Melebihi 1 tahun TETAPI kurang dari 2 tahun RM1500
Melebihi 2 tahun TETAPI kurang dari 5 tahun RM2000
Melebihi 5 tahun RM4000
 3 Peraturan 34(1)

dan (2) 

Gagal menyediakan/

menyimpan daftar pekerja

Gagal Menyediakan/Menyimpan Daftar Pekerja:

Dalam tempoh 7tahun kebelakangan pada pemeriksaan pertama

RM300

Dalam tempoh 7tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang kedua

dan seterusnya

RM600

Peraturan 71(1)

dan (2) 

 

Lewat melaporkan kemalangan

dalam tempoh yang ditetapkan

 

Kes Kematian

Tempoh Kelewatan Melapor:

Melebihi 2 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun RM1000
Melebihi 1 tahun  RM1500

Kecederaan bencana kerja di tempat kerja:

Tempoh Kelewatan Melapor:

Melebihi 2 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun  RM1000
Melebihi 1 tahun RM1500

Kecederaan kemalangan semasa perjalanan:

Tempoh Kelewatan Melapor:

Melebihi 3 bulan TETAPI kurang dari 1 tahun RM1000
Melebihi 1 tahun RM1500
5 Peraturan 44A 

Gagal menyediakan

jadual caruman

Gagal menyediakan dan mengemukakan Jadual

Caruman untuk pekerja:

Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan pada pemeriksaan yang    

  pertama

RM300

Dalam tempoh 7 tahun pada pemeriksaan yang kedua  

  dan seterusnya

RM600

 

3 PENDAKWAAN

  • Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, majikan atau pekerja yang didapati bersalah atas kesalahan-kesalahan berikut boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

 

Jenis-Jenis Kesalahan Yang Boleh Didakwa  

BilPeruntukan PerundanganJenis Kesalahan
1 Seksyen 4 Gagal atau lewat mendaftar perusahaan
2 Seksyen 5 dan Peraturan 12(1) Gagal atau lewat mendaftar pekerja yang layak
3 Seksyen 6(1) & (8) dan Peraturan 32 Gagal atau lewat membayar caruman
4 Seksyen 14(A) & Peraturan 33 Gagal membayar Faedah Caruman Lewat Bayar
5 Peraturan 71(1) & (2) Majikan gagal atau lewat lapor kemalangan
6 Seksyen 93(A) Memberi, membuat atau mengemukakan dokumen atau maklumat palsu
7 Seksyen 110(1) Gagal mematuhi saman jabatan

 

4 RECOVERY

  •  “Unit "Recovery” ditubuhkan untuk mengutip atau mendapatkan balik bayaran yang telah diberikan kepada orang bencana, waris dan juga kepada penerima pinjaman pendidikan.           

 

Fungsi        

Kewujudan “recovery” dapat mengurangkan hutang-hutang yang tidak dapat dikutip iaitu faedah pinjaman pendidikan dan juga lebihan bayaran faedah yang telah dibayar kepada orang bencana dan waris.      

Unit ini akan bertindak sekiranya terdapat pinjaman pendidikan yang tidak menjelaskan bayaran yang sepatutnya mereka jelaskan dan juga mengutip lebihan bayaran faedah yang diperolehi oleh orang bencana atau orang tanggungan di mana mereka tidak berhak menerimanya.       

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan:       

  • Lawatan ke premis majikan peminjam / penjamin bagi kes peminjam tegar;
  • Lawatan ke rumah peminjam / penjamin / orang bencana / orang tanggungan di mana gagal membayar pinjaman pendidikan/ lebihan bayaran; 
  • Lawatan di luar Lembah Klang dengan mengadakan sesi perjumpaan bersama peminjam/ penjamin bagi kes peminjam tegar di Pejabat PERKESO Negeri atau Pejabat PERKESO Tempatan.            

   

 

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 15 Oktober 2018.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl