Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Perbankan Internet

Perbankan Internet merupakan salah satu kaedah untuk pembayaran caruman bulanan PERKESO anda melalui perbankan internet. Majikan digalak menggunakan perkhidmatan ini yang mana data caruman majikan dan pekerja kini boleh dikemukakan dengan bayaran online yang mudah dan selesa.

 

Mengapa Perbankan Internet?

 

  1. Menjimatkan kos
  2. Pemprosesan terus dan segera dengan data majikan dan pekerja akan dikemaskini serentak ke pangkalan data PERKESO.
  3. Selamat dan efisien
  4. Meningkatkan produktiviti.
  5. Membantu meningkatkan kadar persaingan negara
  6. Mengurangkan kos percetakan borang manual dan cek.
  7. Mengurangkan kos berkaitan pengangkutan, keselamatan, fraud dan kecurian.
  8. Mengurangkan kos kakitangan dan pentadbiran.
  9. Mengurangkan kos pengoperasian perniagaan yang mana transaksi perbankan boleh dilakukan daripada pejabat anda.

 

 

Sebelum Dan Selepas Menggunakan Perbankan Internet

 

Sebelum Selepas
Dokumen pembayaran fizikal Dokumen pembayaran fizikal
Semakan & pengesahan pembayaran fizikal Semakan & pengesahan pembayaran fizikal
Key-in ke dalam sistem perakaunan Key-in ke dalam sistem perakaunan
Cetakan cek -
Semak & pengesahan cek -
Tandatangan cek -
Mengemukakan bayaran kepada PERKESO / bank -
Masalah cek hilang / tidak ditunaikan -

 

 

 

Enam (6) Langkah Mudah Menggunakan Perbankan Internet

 

  1. Majikan perlu membuka akaun dengan mana-mana bank yang disenaraikan di bawah.
  2. Majikan perlu mendaftar untuk perkhidmatan ini dengan menghubungi cawangan bank di mana akaun bank dibuka.
  3. Majikan kemuka permohonan dengan mengisi borang berkaitan dan menamakan kakitangan yang akan melaksanakan pembayaran.
  4. Majikan kemuka data caruman PERKESO mengikut format yang ditetapkan kepada bank untuk tujuan pengujian.
  5. Bank akan menyemak serta menguji data caruman PERKESO yang dikemukakan. Majikan akan dimaklumkan oleh pihak bank setelah pengujian berjaya.
  6. Setelah pengujian berjaya, majikan kini boleh memuat-naik data caruman PERKESO bersama arahan bayaran dengan mudah pada setiap bulan.

 

 

 

Senarai Bank Bagi Kemudahan Perbankan Internet

 

maybank   cimb   publicbank   rhbbank 
hongleong   citibank   ambank   alliance
bank islam   hsbc   affin islamic    

   

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO (CRM) di talian 1 300 22 8000

 

 

 

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 7 Disember 2018.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl