Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Pembayaran Caruman

  1. Mulai 1 Januari 2018, PERKESO telah memperkenalkan Portal ASSIST PERKESO bagi memudahkan majikan menguruskan pendaftaran majikan dan pekerja, rekod caruman dan pembayaran caruman.

  2. Bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO ini, majikan perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Portal ASSIST PERKESO terlebih dahulu dengan melengkapkan Borang ID Portal ASSIST PERKESO yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang PERKESO dan menghantarkannya ke pejabat PERKESO berdekatan.

  3. Portal ASSIST PERKESO boleh dilawati dengan melayari www.perkeso.gov.my login Portal ASSIST.

  4. Selain daripada pembayaran caruman menggunakan Portal ASSIST PERKESO, pada ketika ini, majikan diberikan pilihan untuk menguruskan pembayaran caruman menggunakan saluran-saluran lain seperti berikut:
    i.  Portal iPERKESO (layari www.perkeso.gov.my login iPERKESO)

    ii. Perbankan Internet 
        Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank yang telah dilantik. Penerangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi bank-bank berikut:

 

Bil.

Bank

Saluran

Talian

1.

Maybank Berhad

Maybank2e.net

03-78443696
1 300 88 6688

2.

CIMB Bank Berhad

BizChannel@CIMB

1 300 88 8828

3.

RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad Reflex

1 300 88 8028

4.

Public Bank Berhad

PBeBank.com

03-21975000
1 800 22 5555

5.




Citibank Berhad




CitiConnect




03-23830000 (Kuala Lumpur)
04-296000 (Pulau Pinang)
07-2680000 (Johor Bahru)
09-5090000 (Kuantan)
06-8520000 (Melaka)
1800821010 (Sabah & Sarawak)

6.

Ambank Malaysia Berhad

e-AmPayD

03-23818800 

7.

Alliance Bank Malaysia Berhad

allianceonline

1 300 80 3388 

8.

Hong Leong Islamic Bank Berhad

E-Payment 

03-7626 8899 

9.

HSBC Bank Malaysia Berhad 

HSBCnet

1 300 88 1018 

10.

Affin Islamic Bank 

affinOnline.com

03-55223000 

11.

Bank Islam Malaysia Berhad

e-Banker

03-27821314 / 15 / 19
03-26900900

12.

OCBC Bank Berhad 

Velocity@ocbc

1 300 88 7000 

 

  • Kaunter Bank (menggunakan rujukan ACR dengan data caruman dikemukakan menerusi Portal ASSIST PERKESO).

  • Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut adalah seperti berikut:
    i.    Maybank Berhad
    ii.   RHB Bank Berhad
    iii.  Public Bank Berhad (mulai 1 Mac 2018)

  • Kaunter Pejabat PERKESO (menggunakan rujukan ACR dengan data caruman dikemukakan menerusi Portal ASSIST PERKESO).
    Pembayaran caruman hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau kiriman wang atau wang pos sahaja.

 

Tempoh Pembayaran Caruman
Pembayaran caruman hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 hari bulan bagi caruman bulan sebelumnya (contoh; caruman bulan Julai 2017 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2017).

Faedah Caruman Lewat Bayar
Faedah caruman lewat bayar akan dikenakan pada kadar 6% setahun bagi tiap-tiap satu hari caruman yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.



§  Portal iPERKESO (layari www.perkeso.gov.my login iPERKESO)

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 21 Jun 2018.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl