Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Caruman

Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Caruman ini terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu:

Caruman Jenis Pertama
Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun, caruman kena dibayar oleh majikan dan pekerja adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Kadar caruman di bawah jenis ini adalah terdiri daripada 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja itu, mengikut kadar jadual caruman yang telah ditetapkan.

Nota : Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis Pertama kecuali bagi pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun dan tiada caruman telah dibayar sebelum 55 tahun kerana tidak layak di bawah Akta Keselamatan Sosial, 1969.

Caruman Jenis Kedua
Kadar caruman di bawah jenis ini adalah daripada syer majikan sahaja, iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja itu, mengikut jadual caruman yang telah ditetapkan. Semua pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis Kedua bagi perlindungan Skim Bencana Pekerjaan sahaja.

 

Nota : Bagi pekerja baharu yang layak mulai umur 55 tahun, mereka hendaklah dicarumkan di bawah Jenis Kedua.

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 15 Oktober 2018.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl