Font Type :Arial | PT Sans | Century | Reset

Pertubuhan Keselamatan Sosial

Menara PERKESO,

281, Jalan Ampang,

50538, Kuala Lumpur

Khidmat Pelanggan : 1-300-22-8000

Faks : 03 - 4256 7798

SMS : PERKESO ADUAN  

[No. I/C] [aduan anda] 

hantar ke 15888

 

Waktu bekerja
8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

 

 

 
 

Kelayakan Majikan Dan Pekerja

Akta Dan Peraturan

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peratura-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 terpakai kepada semua perusahaan yang mempunyai seorang pekerja atau lebih.

 

A. Majikan

 

  • Majikan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu majikan utama dan majikan langsung.

  1. Majikan Utama
    Majikan yang mengambil pekerja secara terus di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Semua urusan perkhidmatan dan pembayaran gaji diuruskan oleh majikan utama.

  2. Majikan Langsung
    Majikan yang mengambil pekerja dan menjalankan kerja di bawah penyeliaan majikan utama. lni termasuk seseorang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang pekerja dan meminjamkan atau menyewakan bagi sementara waktu perkhidmatan pekerja tersebut kepada majikan utama.

 

  • Tanggungjawab Majikan

    Majikan utama dan majikan langsung yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih, bertanggungjawab mendaftar dan membayar caruman mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekrja, 1969 yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

    Majikan utama juga bertanggungjawab untuk memastikan semua pekerja yang diambil bekerja oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman dibayar dengan tepat.

    Majikan bertanggungjawab untuk melapor semua kemalangan berkaitan pekerjaan yang menimpa pekerjanya dalam tempoh masa 48 jam daripada kemalangan itu diketahui oleh majikan atau pihak yang bertanggungjawab bagi pihak majikan.

 

 

B. Pekerja

  • Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang layak adalah wajib didaftarkan.

 

Kelayakan Pekerja
Semua pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan di sektor swasta, serta bertaraf kontrak / sementara bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan / Negeri serta Badan Berkanun Persekutuan / Negeri hendaklah didaftar dan dicarumkan dengan PERKESO. Kadar caruman maksimum adalah berdasarkan had siling gaji yang diinsuranskan sebanyak RM4,000.00 sebulan.

 

Pekerja yang dikecualikan daripada liputan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, di antaranya adalah seperti berikut:

 

  1. Penjawat awam Persekutuan dan Negeri bertaraf tetap
  2. Pekhidmat rumah tangga
  3. Bekerja sendiri
  4. Pemilik tunggal atau perkongsian suatu perusahaan
  5. Suami atau isteri kepada pemilik tunggal atau perkongsian
  6. Pekerja asing

 

CetakEmel

 

qr code  Hakcipta 2017 © Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[Penafian] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Resolusi Skrin: 1024 x 768 | Pelayar : Mozilla Firefox  dan Google Chrome Laman web dikemaskini pada 7 Disember 2018.
vmobile Laman web ini menyokong versi peranti mudah alih. Untuk Warga PERKESO | Kaunter Pelawat joomla
statistics
mscl